SUAMI kepada pelakon Tasha Shilla iaitu Muhammad Atiq Idris sentiasa memberikan ruang kepada isterinya menjadi seorang muslimah yang lebih baik. Menurut Atiq, 33, dia enggan memaksa isterinya berhijab selepas berkahwin, sebaliknya biarlah ia datang dengan keikhlasan hati. "Buat masa ini dalam perhubungan kami sejak berkawan semuanya datang secara semulajadi dengan izin Allah. ARTIKEL BERKAITAN: Tasha Shilla bergelar isteri Muhammad Atiq "Lagi pula benda berkaitan agama tak boleh paksaan! Saya tahu dia seorang artis jadi saya dah bersedia sejak awal. "Selepas ini kita akan buat lebih banyak benda bersama, memperbaiki diri dan ikuti kelas agama dalam membina hubungan keluarga ini," katanya kepada mStar. Sama cantik, sama padan... Tasha Shilla dan suami, Atiq. FOTO Project2pi Pada Jumaat lalu, Tasha Shilla atau nama sebenar Natasha Sheila Abdul Razak, 33, dan Atiq selamat disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur. Pasangan ini diraikan dalam majlis resepsi pada malam Jumaat di Zebra Square, Kuala Lumpur. Sebelum itu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada Ahad lalu setelah dua bulan berkenalan. Tasha berkata dia bersetuju menerima lamaran Atiq kerana merasakan jejaka itu adalah cinta sejati yang dicari selama ini. Kita sentiasa bersedia dan tak pernah rancang tentang hal itu... harap ia berlaku secara semulajadi dan kami ikut sahaja. MUHAMMAD ATIQ IDRIS SUAMI TASHA SHILLA "Kami rapat sejak Disember tahun lalu dan tak sangka secepat ini kami melangkah ke fasa baharu. "Bersyukur dipertemukan dengan Atiq dan ini memang jodoh saya, rasa cukup tenang... inilah cinta sejati! Suami pun nak cepat halalkan hubungan," ujarnya. Ditanya mengenai cahaya mata, Atiq berkata mereka bersedia jika dikurniakan zuriat dalam masa terdekat. "Kita sentiasa bersedia dan tak pernah rancang tentang hal itu... harap ia berlaku secara semulajadi dan kami ikut sahaja. "Kalau diizinkan oleh Allah, kami terima dengan hati terbuka," ujarnya.