suria

Tiada rehat... 'Jekfer' dah mula bekerja biarpun masih cedera

Hun Haqeem terpaksa diangkat kru produksi.

SELEPAS seminggu terlibat kemalangan motosikal, pelakon yang mula dikenali dengan wakak Jekfer menerusi drama Kampung People, Hun Haqeem berkata, keadaannya semakin pulih.

Hun, 22, berkata, dia kini dalam proses pemulihan biarpun terpaksa kembali menyambung penggambaran drama Seindah Tujuh Warna Pelangi yang sedang ditayangkan di slot Akasia, TV3.

ARTIKEL BERKAITAN: Hun Haqeem terlibat kemalangan motosikal, cedera teruk di tumit

"Alhamdulillah sekarang lebih baik dan saya sudah boleh tampung diri dengan kaki dan sesi pemulihan berjalan lancar walaupun ada kekangan kerja tetapi dipermudahkan Allah.

"Saya lega apabila keputusan keluar selepas pembedahan, ligamen selamat jadi perlu diperbaiki sahaja," katanya.

Hun Haqeem kini semakin pulih.

Biarpun sudah mula bekerja, Hun berkata, pihak produksi sangat memahami dan membantunya dalam melakonkan beberapa babak yang agak mencabar.

"Saya bersyukur produksi sangat memahami keadaan saya sekarang ini dan cuba jayakan juga penggambaran walaupun keadaan tidak berapa mengizinkan.

"Mereka banyak membantu saya dari segi fizikal sampai saya rasa sebak kerana ianya merupakan satu beban yang besar kepada produksi. Mereka juga terpaksa angkat saya pula jika terpaksa ke tempat yang sukar," ujarnya.

Hun Haqeem terlibat kemalangan motosikal pada 1 Mac lalu.

Dalam pada itu, Hun berkata, dia tidak berasa serik untuk menunggang motosikal selepas terlibat dalam kemalangan pada 1 Mac lalu.

"Nak kata serik tu tidak, tetapi bahaya tu iya. Keadaan diri tidak begitu sihat untuk menunggang atau memandu ke mana-mana.

"Sebenarnya yang penting adalah pengguna itu sendiri untuk bertanggungjawab. Nak cakap pasal kemalangan kita boleh elak tapi kalau sudah takdir Allah kita tak boleh buat apa," katanya lagi.

Hun Haqeem

Artikel Lain