suria

Vivy Yusof dikecam lagi isu ‘design’ tudung, kali ini Qi Razali pula bersuara pertahan kekasih - “Nak ciplak pun agak-agaklah, saya tak boleh duduk diam!”

Qi Razali berang apabila rekaan dan konsep jenama tudung hasil usaha keras kekasihnya ditiru oleh jenama tudung terkenal.

PELAKON Qi Razali berang apabila rekaan dan konsep jenama tudung hasil usaha keras kekasihnya, Nia Atasha ditiru oleh jenama tudung terkenal milik usahawan Vivy Yusof iaitu dUCk.

Qi berkata, tindakan itu sangat tidak wajar kerana ia dilihat memusnahkan usaha orang lain yang bersungguh-sungguh menghasilkan produk untuk jenama mereka.

"Nak ciplak pun agak-agaklah. Aiyo, seperti mana saya katakan, PKP ini semua perangai sebenar keluar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan segan ajak kawan atau kekasih solat” - pesanan Qi Razali

"Dia memusnahkan usaha dan cita-cita individu lain. Kita akan move on tetapi dia akan hidup dengan situasi ini.

"Saya tak boleh duduk diam dan tengok saja. Saya syak pasukan dia pun ada kena mengena... come on, takkan semua rekaan dia buat sendiri.

Nia (kiri) dan Vivy Yusof (kanan).

"Tapi menjadi tanggungjawab dia untuk memecat pasukannya itu," katanya di Twitter.

Pada malam Selasa, Nia yang berkolaborasi dengan jenama Soonaru meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila konsep fotografi dan rekaannya yang dilancarkan pada Disember tahun lalu sama dengan keluaran terbaharu jenama tudung terkenal dUCk.

Bagaimanapun, Vivy menerusi laman sosial menafikan perkara tersebut dan menjelaskan pasukannya sudah lebih awal memulakan projek itu iaitu pada Jun 2018.

Saya nampak dia tak tidur malam, sampai menangis nak siapkan design sebelum dateline. Awak cakap berdasarkan apa ya?

QI RAZALI

PELAKON

"dUCk tidak meniru seperti mana tuduhan dilemparkan sebelum ini dan termasuklah koleksi yang akan dilancarkan malam ini.

"Corak ini dibangunkan sendiri oleh kumpulan kami dan saya buktikan sekali paparan skrin emel pasukan kami sejak Jun 2018.

"Mana mungkin saya menciplak koleksi yang dilancarkan oleh jenama terbabit pada Disember 2018?

"Daripada sudut kempen pula, memandangkan ia merupakan The Artsy dUCk, kami rasa konsep yang dipilih adalah bersesuaian. Ramai yang buat konsep sama sebelum ini," tambahnya.

Qi pertahankan teman wanitanya di laman Twitter.

Dalam pada itu, Qi berkata dia melihat sendiri kegigihan kekasihnya yang juga pengacara program hlive! itu menyiapkan rekaan dan konsep tudung tersebut dua tahun lalu.

"Yes design sendiri sebab saya nampak dia tak tidur malam, sampai menangis nak siapkan design sebelum dateline. Awak cakap berdasarkan apa ye? Ramadan pun nak sangka buruk?

"Ada jugak yang tanya kenapa tak register MYIPO. Untuk harta intelek memang mereka sudah lakukan untuk rekaan. Kalau design sebiji lain jadinya bro. Kalau kempen seni, lain arahnya. Mungkin anda kena faham isu ini sebelum memberi pandangan," ujarnya.

Bagaimanapun Qi berkata, dia melihat perkara itu daripada sudut positif apabila semakin ramai mengetahui bakat yang ada pada Nia Atasha.

"Kita lihat pada hikmah juga, sekarang lebih ramai orang tahu tentang dia dan rekaannya. Potensinya tidak dapat ditandingi," ujarnya.

Qi Razali, Vivy Yusof, Nia Atasha

Artikel Lain