suria

Bekas isteri PU Abu, Hana Azraa kongsi tip jaga hubungan baik dengan dua bekas suami - “Buang ego, belajar memaafkan dan terima takdir”

Hana menerima pertanyaan daripada pengikut di Instagram mengenai tips menjaga hubungan baik dengan bekas suami.

BEKAS isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Hana mendedahkan dia masih menjalinkan hubungan yang baik dengan bekas suami pertamanya selepas berpisah.

Hana berkata bekas suaminya yang tidak didedahkan identiti itu juga pernah datang ke rumah bersama teman wanita untuk membawa anak mereka, Aisyah keluar berjalan-jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hana Azraa bukan lagi isteri PU Abu - “Berhenti tanya soal hubungan Abu dengan wanita lain”

Malah pemilik nama Nurhanna Azra Mohd Zakir ini masih mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa dan keluarga bekas suaminya itu.

"Ia bukan la mudah. Bukan hari ini bercerai esok terus okay. Tak... dengan daddy Aishah, Alhamdulillah dah tiga tahun lebih kami berjaya mengekalkan hubungan yang baik.



Hana menjawab pertanyaan netizen di Instastory.

"Kami berdua masih berkawan baik. Tambahan pula dengan keluarga pun Alhamdulillah kami baik-baik saja. Dia ada saja datang rumah saya dengan kekasihnya untuk ambil Aisyah bawa jalan.

"Kalau tidak, dia akan video call la atau kalau tok mama dan tok abah Aisyah ada dekat rumah, saya akan bawa Aisyah ke Shah Alam jumpa mereka," kata Hana.

Hana berkongsi perkara itu selepas menerima pertanyaan daripada pengikutnya menerusi soalan di Instastory yang ingin mengetahui tip dia berhubung baik dengan bekas suaminya.

Sebelum berkahwin dengan PU Abu, Hana pernah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Afifah Aisyah yang kini berusia empat tahun.

Membenci tak akan buat hidup kita bahagia pun.

HANA AZRAA

USAHAWAN KOSMETIK

Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan mereka dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari lalu.

Menerusi laporan mStar pada 4 April lalu, Hana menegaskan dia dan pendakwah bebas itu kini bukan lagi pasangan suami isteri.

Dalam pada itu, Hana memberitahu perasaan benci terhadap orang lain hanya akan membuatkan kehidupan seseorang itu tidak akan bahagia.

Bagi Hana, dia masih menjaga hubungan antara kedua-dua bekas suaminya demi anak-anak mereka yang tidak bersalah dalam perceraian tersebut.



Pada April lalu, Hana menegaskan dia dan PU Abu bukan lagi pasangan suami isteri.

"Kalau ikut hati nak membenci itu tak kan buat hidup kita bahagia pun. Buang ego. Belajar memaafkan. Let things go. Terima takdir Allah sebab bila kita buat semua itu hati lapang.

"Apa yang saya buat dengan kedua-dua bekas suami adalah jaga hubungan. Bukan untuk kami tapi untuk anak-anak. Mereka tak berdosa dan tak bersalah.

"Saya tak boleh pentingkan diri sebab akan beri kesan buruk. Jadi, buat masa kini saya jaga saja amanah Allah ini sebaik-baik mungkin.

"Walaupun terpaksa jadi monster hari-hari tak apa la asalkan anak depan mata. Betul tak? Anak-anak saya layak dapat kehidupan yang lebih baik. Insya-Allah, doakan mereka ya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hana Azraa, PU Abu,

Artikel Lain