PENYAMPAI radio Suria FM, Feeya Iskandar berkata dia bergilir-gilir dengan suaminya dalam menjaga anak-anak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lalu. Malah, Feeya atau dikenali sebagai Cik Piah turut meluahkan rasa syukur apabila dapat melakukan semua aktiviti hariannya tanpa ada perasaan tertekan. ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin orang keliru tak dapat bezakan baby bump atau buncit” - Feeya Iskandar padam foto, 'annoying' ucapan tahniah disangka hamil lagi Feeya bersama dua orang anak lelakinya. "Kita tak bekerja dari rumah sebab penyampai radio, kami juga seperti pegawai barisan hadapan. Bermulanya PKP haritu sampai sekarang memang saya bekerja seperti biasa, tak ada work from home. "Memang dari dulu saya tak ada bibik jadi saya dan suami saja yang uruskan anak-anak. Bila saya kerja suami yang jaga dan tengokkan anak-anak sebab suami bekerja secara sendiri. "Jadi kami lebih mudah untuk menguruskan masa dan tak ada masalah mengenai itu. Balik kerja baru saya akan ambil alih untuk jaga anak. "Bulan Ramadan ini sangat padat kerana di radio sendiri ada pelbagai macam peraduan yang mesti dijalankan. Selain itu juga perlu uruskan rumah, urus anak lagi. Walaupun mencabar tapi alhamdulillah semua itu dapat saya buat tanpa ada rasa tertekan dan dapat dilalui dengan tenang," katanya kepada mStar. Feeya dan suami bergilir-gilir jaga anak. Feeya berkahwin dengan Nurashid Wahab atau Rashid pada 6 Mei 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Adam Malique, 3 dan Nuh Aryyan yang kini berusia dua tahun. Dalam pada itu, Feeya turut memberitahu sambutan Syawal pada tahun ini dibuat secara sederhana memandangkan Hari Raya Aidilfitri disambut dalam PKP demi memutus rantaian penularan wabak Covid-19. "Perbezaan Raya tahun lepas dan tahun ini sangat berbeza, tahun lepas rasa sangat seronok tapi tahun ini kita perlu menyambut dengan ala kadar saja. "Persiapan Syawal ala kadar saja sebab tahun ini kita tahu kan dalam keadaan Covid-19 nak beriya-iya pun tak ada mood sebenarnya. "Tapi macam baju raya untuk anak-anak tu memang kita dah sediakan, untuk diri sendiri pula mungkin pakai baju raya tahun lepas sebab kita pun tak boleh pergi ke sana ke sini," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!