suria

DJ Fuzz tak sangka lagu ciptaannya di kem penulisan bakal dinyanyikan artis Taiwan - “Doakan lagu ini jadi hit, mana tahu boleh masuk carta di sana”

Lagu ciptaan DJ Fuzz akan dinyanyikan dalam bahasa Mandarin oleh penyanyi Taiwan.

KOMPOSER DJ Fuzz berkongsi berita gembira apabila karya ciptaannya ketika menyertai kem penulisan lagu di Taipei, Taiwan beberapa tahun lalu dipilih untuk dinyanyikan oleh seorang penyanyi negara itu.

Lebih istimewa, Fuzz atau nama sebenarnya Farzwa De Attaher Emir Farit Emir, 43, berkata lagu tersebut hasil kolaborasi bersama beberapa komposer dari beberapa negara lain yang turut menyertai kem tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob perbetul salah faham, Farit Ismeth Emir bukan bapa kandung isteri - “Ayah Azrene masih hidup dan sihat”

"Tak terfikir yang saya akan buat lagu untuk artis Taiwan.

"Beberapa tahun dulu saya pernah ke Taiwan dan sertai kem penulisan lagu di Taipei selama seminggu.

DJ Fuzz telah bekolaborasi dengan penulis lagu antarabangsa beberapa tahun lepas untuk menghasilkan karya ini.

"Jadi, di situ saya telah berkolaborasi dengan beberapa penulis lagu dari Taiwan, Amerika Syarikat, Korea Selatan & Finland," tulisnya.

Bagaimanapun, komposer tersebut tidak menyatakan nama lagu dan artis yang bakal menyanyikan lagu berkenaan.

Katanya, lagu tersebut akan dinyanyikan dalam bahasa Mandarin dan berharap mendapat sambutan daripada masyarakat negara berkenaan.

"Jadi, akhirnya lagu yang kami buat telah digunakan untuk artis di Taiwan dalam bahasa Mandarin.

"Alhamdulillah. Minta doakan lagu ni jadi hit, mana tahu boleh masuk carta sana, cun juga tu," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

DJ Fuzz,

Artikel Lain