suria

Gambar raya Hafiz Hamidun jadi umpan 'scammer', janjikan pendapatan ratusan ribu ringgit - “Nak meniaga biarlah jujur”

Hafiz akan membuat laporan polis berkaitan perkara itu.

GAMBAR disalah guna pihak tidak bertanggungjawab bukan sesuatu perkara baharu bagi golongan selebriti.

Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun menjadi mangsa terbaharu apabila foto lengkap berbaju Melayu pada hari raya menjadi umpan sendiket penipuan forex.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Hamidun keluar duit simpanan RM200,000 rakam album Marhaba

"Palsu! Apa benda la IQ Forex 2020 ni. Nak scam orang pun agak-agaklah ya. Pakailah gambar sendiri, ni pakai sebat je gambar raya aku.

"Sampai ada yang bertanya betul ke pendapatan dapat sampai ratus ribu macam tu. Jangan percaya ni semua palsu," tulisnya.

Hafiz Hamidun akan membuat laporan polis serta aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dalam pada itu, Hafiz turut menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan iklan yang menawarkan wang tunai dengan cara yang mudah.

"Korang pun janganlah terpedaya dengan iklan-iklan yang tipu macam ni. Lepas tu nanti jangan salahkan aku pulak kalau dah kena tipu. Tolonglah," ujar Hafiz.

Tambahnya, dia akan membuat laporan polis serta aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tentang perkara tersebut.

"Saya tengah siap nak buat laporan polis dan juga nak adukan pada SKMM.

"Nak berniaga biarlah jujur. Buat apa tipu-tipu, orang suruh berniaga elok-elok, kau pakai sebat je gambar orang nak lariskan perniagaan," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hafiz Hamidun, Forex

Artikel Lain