WATAK Opah Aminah dalam drama Bukan Gadis Biasa lakonan pelakon Sheila Rusly menerima kritikan netizen apabila solekan khas tua yang digayakan pelakon itu tidak nampak realistik. Abang kepada jurusolek kesan khas, Nissa Khan iaitu pelakon Mas Khan berkata, adiknya sudah melakukan yang terbaik bagi memberi solekan tersebut benar-benar menjadi. ARTIKEL BERKAITAN: Sheila Rusly maafkan netizen caci, maki dirinya gara-gara jadi opah jahat - “Tau produksi kau, tapi tak semestinya semua kepala kau sentuh!” ARTIKEL BERKAITAN: Dek kerana bakat Nissa Khan, ada yang menangis, lari lintang pukang! "Sebagai abang, adik saya dah buat yang terbaik untuk drama itu. Dia pun pernah bekerjasama dengan Syamsul Yusof menerusi filem Munafik sebagai jurusolek kesan khas. Mas Khan turut berlakon bersama Sheila dalam drama Bukan Gadis Biasa. "Selain Syamsul, dia juga pernah bekerja untuk Michael Ang dalam telefilem Penaklukan Syaitan. Alhamdulillah, semua pengarah dan penerbit yang pernah bekerjasama sukakan hasil karya adik saya. Dia sangat sedih tapi dia tak marah atau melatah pun dengan kritikan netizen. MAS KHAN PELAKON "Ini kali pertama dia bertugas sebagai jurusolek khas untuk drama. Sejujurnya, drama dan filem sangat berlainan. Saya melihat dia hasilkan solekan Opah Aminah selama tiga jam setiap hari," katanya kepada mStar. Sebelum ini, netizen mempertikaikan solekan watak sebagai orang tua iaitu Opah Aminah lakonan Sheila Rusly yang tidak kelihatan realistik seperti wajah orang tua sebenar. Dalam pada itu, Mas Khan memberitahu adiknya mempunyai tiga sijil jurusolek kesan khas dan pernah menyambung pelajarannya dalam bidang itu di Cinema Makeup School, Los Angeles. Pelakon filem Abang Long Fadil 2 ini mendedahkan Mas Qairunissa atau lebih mesra disapa Nissa berasa sedih apabila menerima kecaman buat kali pertama. Nissa mempunyai tiga sijil dalam jurusan solekan kesan khas. "Adik saya belajar di Los Angeles dalam jurusan solekan kesan khas dan dia mempunyai tiga sijil untuk bidang itu. Secara peribadi, tak ada siapa boleh kata dia tak pandai make up. "Dia masih muda dan ini kali pertama dia menerima kecaman sebegitu. Memang dia ada cakap pada saya yang dia sangat sedih tapi dia tak marah atau melatah pun dengan kritikan netizen. "Malah, dia menerima setiap teguran itu. Saya selalu berpesan pada dia, do your best dan biarlah apa orang nak kata, asalkan orang yang bekerja dengan kita puas hati dan sukakan hasil kerja kita," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!