suria

Issey jelaskan ada sebab anak beraya di Kelantan, akui emosi isteri terganggu kerana berjauhan - “Urusan tukar sekolah perlu masa”

Issey jelaskan sebab dia dan isteri terpaksa raya berjauhan dengan anak-anak.

PERKONGSIAN penyampai radio Issey Fazlisham mengenai kesedihannya kerana tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama anak-anak tiri yang masih berada di Kelantan mengundang pelbagai spekulasi netizen.

Menjawab pertanyaan netizen itu, Issey menjelaskan dia tidak dapat membawa tiga orang anak mereka itu ke Kuala Lumpur kerana masih ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan.

Tambahan pula, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan beberapa urusan membabitkan perpindahan mereka tergendala.

ARTIKEL BERKAITAN: Issey lega isteri ditukarkan ke Kuala Lumpur... tapi sedih anak-anak terpaksa beraya di Kelantan

"Isteri dapat pindah kerja di KL semasa PKP. Kenapa tak bawak anak terus? Anak masih di Kelantan sebab urusan untuk tukar sekolah perlu masa... tambah pula masih PKP.

"Kebetulan saya di KL bakal pindah ke rumah baru, banyak yang tergendala proses. Tapi tak apa, besar hikmah bersabar!

Issey jawab komen netizen di Instagram.

"Kita berdoa agar menang melawan wabak ini... InsyaAllah apabila semuanya sudah selesai, kita pindah KL ya kesayangan," katanya menerusi laman Instagram.

Issey berkahwin dengan Noor Aimi Jamel pada 22 Disember tahun lalu dan memiliki tiga orang anak tiri.

Pada Ahad lalu, Issey menerusi laporan mStar meluahkan rasa gembira apabila isterinya dibenarkan menukar lokasi kerja di ibu negara.

Emosi isteri Issey terganggu kerana berjauhan dengan anak.

Pelawak ini bagaimanapun berkata dia dan isteri terpaksa berjauhan dengan anak-anak kerana akur dengan arahan kerajaan mengenai larangan perjalanan rentas negeri.

Gara-gara terpaksa berjauhan dengan anak-anak tersayang, Issey memberitahu emosi isterinya terganggu kerana menahan rindu.

"Saya kesian dekat Aimi, emosi agak terganggu disebabkan anak jauh. InsyaAllah sayang, kita selesaikan slow-slow ya!

"Terima kasih mak mentua, Tok Ma yang jaga kesayangan keluarga buat masa sekarang ni," ujarnya.

Issey Fazlisham, Suria FM

Artikel Lain