SELEPAS menerima pelbagai kecaman disebabkan perkongsian mengenai kerisauan tunangnya iaitu Isa Khan di Instagram, pelakon Nur Risteena tampil mempertahankan dirinya. Menurut Risteena, 27, dia mempunyai hak untuk berkongsi apa saja mengenai kehidupannya di laman sosial miliknya kerana tidak pernah menganggu atau bercakap buruk tentang orang lain. ARTIKEL BERKAITAN: Setengah jam tak balas mesej, Isa Khan tak tentu arah risaukan Risteena - "Tunang saya fikir saya kena culik!" "Saya hanya kongsi kehidupan saya di laman sosial saya sebab saya bebas post apa saja di page saya. Saya tak kacau orang, saya tak kacau suami orang, saya tak bercakap buruk fasal orang. Risteena memuat naik beberapa status bagi memberi penjelasan mengenai perkongsiannya sebelum ini. "Saya tak post benda yang boleh cacatkan mata orang. Sama juga dengan anda semua bebas post apa saja kat IG anda. Tak ada siapa pun marah tapi kenapa saya hanya boleh kongsi benda yang tertentu saja? "Itu sekadar perkongsian untuk saya ingat momen tu dalam hidup saya yang tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Saya tak fikir pun post saya itu akan jadi viral macam ini. Saya tak minta," katanya. Risteena tampil menjelaskan perkara itu dengan memuat naik beberapa paparan skrin status di laman Instagram miliknya pada Khamis. Risteena memberitahu dia bebas untuk berkongsi apa saja di Instagramnya termasuklah mengenai hubungan cintanya. Pada Selasa, Risteena berkongsi perbualan mesej tunangnya yang juga pelakon Isa Khan meluahkan rasa bimbang dan panik apabila aktres itu tidak dapat dihubungi kira-kira setengah jam. Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Ruhainies ini memberitahu dia terpaksa menutup ruang komen kerana terlalu banyak aura negatif daripada netizen yang sekadar ingin meninggalkan komen tidak baik. "Saya tetap nak berterima kasih kepada semua media yang ambil cerita saya secara postif tapi ada beberapa individu yang ambil secara negatif sehingga saya terpaksa tutup komen kerana banyak negatif. Masing-masing ada hak untuk pilih siapa anda suka dan tak suka tapi untuk bercakap benda yang tak baik. NUR RISTEENA PELAKON "Antara mereka bukan pengikut saya pun tapi masuk page saya untuk komen benda yang tidak baik. Padahal langsung tak kenal saya, tak pernah berjumpa. Dan pastinya, saya tak pernah bercakap buruk tentang anda semua. "Tak pernah mendoakan yang tak baik tentang anda semua tapi apa yang buatkan sampai anda boleh komen ayat yang sangat kasar, mencarut, doakan benda yang tak baik seolah-olah saya pernah buat benda tak baik pada anda," ujarnya. Tambah Risteena lagi, dia memilih untuk tidak membaca semua komen negatif kerana tidak mahu membiarkan dirinya berasa kecil hati sehingga sukar memaafkan orang. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana masih mempunyai penyokong setia yang mempunyai rasa hormat serta hati yang baik. Perkongsian Risteena di Instagram mengenai kerisauan Isa mengundang kecaman. "Saya pilih untuk tak baca semua negatif komen supaya hati tak simpan perasaan kecil hati dan semoga lebih mudah memaafkan orang. Semoga yang baik-baik juga buat anda semua. "Tak kisah anda adalah haters atau penyokong. Masing-masing ada hak untuk pilih siapa anda suka dan tak suka tapi untuk bercakap benda yang tak baik, mencarut lukakan hati orang, itu pilihan kita. "Anda boleh pilih untuk jadi apa. Walaupun ramai haters yang selalu cakap benda yang tak baik, saya gembira sebab lebih ramai yang sentiasa ada untuk menyokong. "Terutama penyokong setia saya yang mempunyai rasa hormat dan baik hati. Mereka adalah orang yang selalu doakan yang baik-baik untuk saya," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!