SETELAH lima tahun beraya di luar negara, penerbit Datuk A Aida menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur pada tahun ini. Menurut A Aida, perancangan dia dan keluarga untuk beraya di London dan Scotland pada tahun ini terpaksa dibatalkan kerana penularan virus Covid-19. ARTIKEL BERKAITAN: Individu dikenali kebas duit A. Aida RM200,000! “Di Mesir baru sedar duit hilang” "Sepatutnya tahun ni saya nak ke London dan Scotland untuk menyambut raya di sana. "Tapi disebabkan pandemik yang sedang melanda, saya telah berbincang dengan anak-anak dan membuat keputusan untuk beraya di Malaysia sahaja," jelasnya. Perancangan untuk beraya di London dan Scotland pada tahun ini terpaksa dibatalkan kerana penularan Covid-19. Tambahnya, dia menyambut Aidilifitri bersama anak-anak dan adiknya di Kuala Lumpur memandangkan mereka juga tidak dapat pulang ke kampungnya di Terengganu. "Lagipun sudah lima tahun kami tak menyambut raya di sini. "Memandangkan kami juga tidak dapat pulang ke kampung, kami hanya beraya di Kuala Lumpur bersama adik saya," ujarnya kepada mStar. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!