SAMBUTAN Aidilfitri tahun ini berbeza buat penyanyi Zizi Kirana apabila dia tidak dapat pulang ke kampung halamannya di Sabah. Akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang melarang perjalanan rentas negeri pada hari raya, Zizi berkata dia agak sedih kerana tidak dapat bersama keluarga meraikan hari kebesaran umat Islam itu. "Sebenarnya saya dah tiga tahun sambut raya pertama di Kuala Lumpur kerana ada komitmen kerja dan akan pulang ke Sabah pada raya ketiga... tapi nampaknya tahun ini memang tak boleh balik langsung. ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana ajar budak mengaji Al-Quran, amal baca bacaan Yasin setiap malam Jumaat "Sejujurnya memang sedih, rasa janggal sebab setiap tahun raya bersama keluarga besar di Sabah tapi kali ini hanya sendirian di Kuala Lumpur. Zizi raya di Kuala Lumpur dan memenuhi undangan program televisyen. "Bagaimanapun, saya masih ada aktiviti kerana memenuhi undangan program televisyen pada raya pertama sehingga raya ketiga ini. Alhamdulillah, jadi tidaklah rasa terlalu sunyi!," katanya kepada mStar. Sementara itu, penyanyi lagu Eh ini berkata dia masih terkenang pengalaman menyedihkan semasa menyambut Aidilfitri pada tahun 2018. Kata Zizi, datuknya meninggal dunia akibat komplikasi jantung, buah pinggang dan beberapa penyakit lain pada hari raya kedua. Zizi terkenang arwah datuk yang meninggal dunia pada raya kedua tahun 2018. "Bercerita pengalaman dua tahun lepas saya kehilangan datuk masa raya kedua... tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan sedih itu! "Dia minta kami sekeluarga buat rumah terbuka, tempah katering dan pasang khemah. Rupa-rupanya permintaan arwah nak buat open house itu menjadi majlis tahlil untuknya. "Saya rasa itulah pengalaman menyedihkan yang saya tak akan lupa sepanjang hidup dan menjadi ingatan selamanya," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!