suria

Kembali jadi ibu tunggal, Hana Azraa kerja keras tanggung dua cahaya mata - “Nak tak nak, saya kena lalui seorang diri”

Hana enggan susahkan keluarga.

BEKAS isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Hana Azraa mengakui sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini berbeza dengan tahun sebelum yang disambut meriah bersama keluarga serta sanak-saudara.

Bagaimanapun, Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir lebih rela hanya meraikan Syawal bersama ibu bapa serta adik-beradiknya di rumah demi keselamatan dan kesihatan dua orang anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri PU Abu, Hana Azraa kongsi tip jaga hubungan baik dengan dua bekas suami - “Buang ego, belajar memaafkan dan terima takdir”

"Sambutan raya saya tahun ni serdahana saja dan saya beli barang anak-anak untuk raya pun last minit. Tahun ini memang sangat berbeza dengan tahun sebelum sebab tahun lalu meriah sebab boleh berkampung ramai-ramai.



Hana dan PU Abu mempunyai seorang anak lelaki bernama Mateen.

"Macam tahun lalu, malam raya buat BBQ ketika tu Mateen dalam perut. Tapi tahun ini mana boleh macam itu dah. Tak meriah raya pertama Mateen.

"Tambahan pula dengan Covid-19 ini saya tak berani nak berkumpul beramai-ramai walaupun dengan saudara terdekat sebab tak tahu benda itu kita tak nampak.

"Saya pun tak nak ambil risiko untuk kesihatan anak-anak. Kalau boleh sambut raya dengan maktok tokwan dan acu mereka saja dekat rumah. Yang penting kesihatan anak-anak terjamin," katanya kepada mStar.

Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari.

Mungkin saya dah terbiasa dari dulu lagi dan hampir tiga tahun sebelum saya berkahwin dengan Abu, saya jadi ibu tunggal.

HANA AZRAA

USAHAWAN KOSMETIK

Sebelum itu, PU Abu pernah mendirikan rumah tangga bersama Ain 'Afini namun hubungan mereka terlerai pada 16 Mei 2019 apabila jatuhnya talak antara mereka.

Usahawan berasal dari Kedah itu juga pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Afifah Aisyah yang kini berusia empat tahun.

Dalam pada itu, Hana memberitahu dia sudah terbiasa menguruskan segala penjagaan anak memandangkan sebelum ini sudah tiga tahun memegang tanggungjawab menjadi ibu tunggal sebelum bernikah dengan PU Abu.

Menurut Hana, dia bekerja keras mencari rezeki dengan berniaga produk kecantikan jenamanya, Hana Skincare secara talian di Instagram kerana enggan bergantung harap dengan orang lain termasuk keluarganya sendiri.



Hana bekerja keras mencari rezeki dengan berniaga untuk membesarkan dua orang anaknya.

"Mungkin saya dah terbiasa dari dulu lagi dan hampir tiga tahun sebelum saya berkahwin dengan Abu, saya jadi ibu tunggal. Menguruskan semua perkara dengan sendiri sebab saya jenis tak bergantung kepada orang lain.

"Saya tak nak menyusahkan sesiapa termasuk ibu bapa saya. Jadi, nak tak nak, saya kena lalui seorang diri. Tambahan pula sekarang saya ada dua orang anak, jadi tanggungjawab saya bertambah.

"Sebab itu dari dulu lagi, saya bekerja keras sendiri mencari rezeki untuk menyara keluarga dengan perniagaan menjual produk kecantikan, Hana Skincare. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat membantu saya membesarkan anak-anak," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hana Azraa, PU Abu, Covid-19,

Artikel Lain