suria

Pilu... Nor Hidayah sambut Aidilfitri tanpa Abam Bocey di sisi - “Rasa janggal kerana selama ini arwah yang sediakan persiapan”

Ini merupakan Syawal pertama disambut Nor Hidayah dan Hamzah tanpa Allahyarham Abam Bocey disisi.

AIDILFITRI kali ini pasti dilalui dalam keadaan pilu oleh Nor Hidayah tanpa suami Allahyarham Abam Bocey di sisi.

Menurut Nor Hidayah, paling membuatkan dia terasa apabila semua persiapan raya biasanya diuruskan oleh arwah.

ARTIKEL BERKAITAN: Nor Hidayah komen dakwaan enggan jernihkan hubungan dengan keluarga mentua, sebak... anak dah mula panggil ayah!”

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada penjelasan, beri ruang Nor Hidayah lalui tempoh edah - Abang

"Perasaan tanpa suami di sisi agak janggal dan lain, sebab biasanya semua dia yang aturkan.

"Tambahan pula, untuk menyambut Aidilfitri yang tak lama lagi berkunjung tiba, saya rasa sangat terkesan dengan pemergiannya kerana persiapan yang biasa dilakukan adalah dia," katanya kepada mStar.

Nor Hidayah akui rasa janggal meraikan Aidilfitri tanpa suaminya disisi.

Di samping mengenang kembali persiapan raya yang dilakukan bersama Allahyarham, Nor Hidayah menjelaskan dia hanya menyediakan keperluan untuk anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

"Kenangan membuat persiapan beraya dengan arwah, pergi beli langsir raya, beli hiasan rumah, beli baju raya dan semuanya bersama-sama.

"Jadinya, pada tahun ini, saya hanya buat persiapan keperluan Hamzah untuk beraya sahaja. Ini Syawal yang pertama untuk Hamzah kerana pada Aidilfitri tahun lalu Hamzah masih dalam kandungan," katanya.

Dalam pada itu, Nor Hidayah meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan dan kesihatan buat mereka sekeluarga.

"Salam sayang dari saya untuk semua yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan pada saya, Hamzah dan keluarga," ujarnya.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nor Hidayah, Abam Bocey

Artikel Lain