suria

Perkongsian Daphne Iking tentang anak beri harapan baharu kepada wanita bermasalah dapatkan zuriat - “Tolong jangan rasa kecewa!”

Daphne Iking luah rasa sedih dengan perkongsian netizen yang mempunyai masalah mendapatkan zuriat.

SERING berkongsi tentang kehamilan dan perkembangan terkini anak di laman sosial, pelakon Daphne Iking meluahkan rasa sedih apabila menyedari ramai pengikutnya yang mengalami masalah untuk mendapatkan zuriat.

Daphne atau nama sebenarnya Dahlia Daphne Eleanor Mozes Iking, 41, berkata, dia menerima banyak mesej yang membuatkan dirinya tersentuh dan berasa sedih.

ARTIKEL BERKAITAN: Daphne Iking Kongsi Pengalaman Menyusu Anak Dalam Hutan

"Saya baru sedar ramai yang menganggap entri yang saya kongsikan tentang anak saya di Instagram menenangkan hati mereka.

"Ia sangat menyedihkan kerana hampir kesemua mesej yang saya terima mengatakan entri saya mengubat rindu terhadap anak, memberi harapan dan aspirasi kepada mereka,

Daphne selamat melahirkan cahaya mata keempatnya, Ilon Daniel Iking Azmi pada 21 Mei lalu.

"Ia menyedihkan kerana mereka kebanyakannya baru sahaja mengalami keguguran atau kehilangan anak ketika melahirkan," ujarnya.

Dia juga berharap mereka yang belum diberi rezeki zuriat terus bersabar dan tidak kecewa dengan diri sendiri.

Dalam pada itu, pelakon filem Belukar ini berkata wanita yang berani berkongsi kisah kehamilan mereka merupakan seorang yang kuat dan positif kerana ia bukan satu tindakan yang mudah.

"Ada yang mesej saya dan mengatakan dia baru mengalami keguguran kali ketiga dan meminta tips daripada saya kerana dia berpendapat bahawa rahimnya tidak sihat dan dia merasa kecewa. Tolong jangan rasa kecewa.

"Terima kasih kepada anda yang berkongsi cerita dan gambar bayi anda kerana saya tahu ia bukan sesuatu tindakan yang mudah. Saya berdoa agar anda sentiasa dilindungi," katanya.

Daphne selamat melahirkan anak keempatnya, Ilon Daniel Iking Azmi pada 21 Mei lalu dan mempunyai tiga cahaya mata Isobel Daniella Iking, 12, Iman Daniella Iking, 8, dan Isidore Daniel Iking, 3.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Daphne Iking

Artikel Lain