suria

Izreen Azminda sibuk jual apam, bisnes makin kencang - “Nampak duit masuk setiap hari, saya jadi seronok”

Izreen menerima sekitar 300-400 tempahan apam setiap hari.

MESKIPUN semakin sibuk dengan bisnes menjual apam, pelakon Izreen Azminda berkata dia tidak pernah berhasrat untuk meninggalkan dunia lakonan.

Sebaliknya menurut Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 35, dia hanya memanfaatkan kemahirannya membuat apam Sugar Butter Milk sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak izin Izreen Azminda berlakon, takut keluarga terabai - “Saya pula jenis tak percaya orang jaga anak”

Bagi Izreen, dia tidak kisah dengan tanggapan orang luar terhadapnya malah akui seronok apabila perniagaan yang diusahakan itu mendapat hasil lumayan.

Suami tak izinkan Izreen berlakon drama berepisod panjang kerana bimbang mengenai keadaan anak-anak.

"Tak bermakna apabila dah berniaga, saya akan tinggalkan dunia lakonan. Apa salahnya ada bisnes sendiri sikit-sikit. Saya ada kelebihan buat apam, jadi saya teruskan sahaja.

"Saya mula berniaga dan buat kuih ini di rumah sejak PKP dan bagi saya, kalau jual apam pun, saya tak kacau duit orang. Saya pun dah tak rasa takut dengan apa orang kata (jual apam sebab tak ada job).

"Jujurnya, apabila nampak duit masuk setiap hari, saya jadi seronok. Lagi seronok apabila saya penat di rumah, anak-anak membesar depan mata," kata Izreen kepada mStar.

Sebelum ini, saya buat seorang sahaja tapi sekarang ada seorang pembantu.

IZREEN AZMINDA

PELAKON

Menerusi laporan mStar pada 3 Ogos lalu, Izreen mengakui dia terpaksa menolak banyak tawaran berlakon drama yang memerlukan komitmen panjang kerana mahu mengutamakan keluarga dan perniagaanya.

Menurut Izreen, suaminya iaitu Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid juga tidak membenarkan dia mengambil tawaran drama yang panjang kerana bimbang mengenai tanggungjawab menjaga anak-anak.

Dalam pada itu, Izreen memberitahu dia seronok menguruskan perniagaan jualan apam kerana setiap hari menerima tempahan melebihi 300 hingga 400 biji.

Izreen bersama suami dan anak-anaknya.

"Permintaan tinggi setiap hari, bukan saya nak bangga diri tapi memang betul. Setiap hari saya akan menerima 300 hingga 400 biji tempahan. Apabila pelanggan pertama kali tempah, mesti akan repeat beberapa kali.

"Setiap hari keuntungan boleh cecah sekitar RM1,000. Sebelum ini, saya buat seorang sahaja tapi sekarang ada seorang pembantu.

"InsyaAllah kalau ada rezeki lebih bolehlah saya upah ramai pembantu dan mungkin akan kembangkan lagi perniagaan jualan apam," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain