suria

Abby Abadi geram dituduh buang lemak sebab nak kurus - “Nasiblah kalau kena block!”

Perubahan Abby selepas melakukan pembedahan bariatrik (kanan foto terkini).

PELAKON Abby Abadi berang apabila dituduh sanggup berhabis puluhan ribu ringgit bagi melakukan pembedahan buang lemak semata-mata mahu tampil kurus.

Enggan menambah rasa sakit hati dengan dakwaan itu, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 43, segera menyekat akaun Instagram golongan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun berkahwin, suami Abby Abadi akui gagal jadi yang terbaik - “Aku menangis fikir diri ini serba kekurangan”

Jelas Abby dia sebenarnya melakukan pembedahan bariatrik iaitu prosedur sama ada dengan mengurangkan saiz perut menggunakan pengikat perut atau mengeluarkan sebahagian daripada perut.



Abby selamat jalani pembedahan bariatrik pada 28 Julai lalu.

"Segelintir rakyat Malaysia memang suka hentam kromo saja kalau nak komen kat laman sosial. Geram saja kita. Nasiblah kalau kena block sebab kita cepat terperanjat.

"Kita sembang baik punyai fasal pembedahan bariatrik, paling jujur dah rasanya cerita daripada mula sampilah perkembangan terkini.

"Tiba-tiba masuk kata kita buang lemak, bolehlah kurus bayar berpuluh-puluh ribu. Ayo! Pembedahan bariatrik bukan buang lemak... tak kurus tiba-tiba pun.

"Dia sejenis penebukkan pada beberapa bahagian perut untuk kecilkan kapastiti perut supaya saka makan kita berkurang... faham?" kata Abby.

Lepas hari pertama buat pembedahan, tak berganjak pun berat badan.

ABBY ABADI

PELAKON

Abby menjelaskan perkara tersebut menerusi Instagram pada Jumaat selepas timbul salah faham dalam kalangan netizen dengan pembedahan yang dilakukannya.

Pada 28 Julai lalu, pelakon drama bersiri Gerak Khas itu selamat menjalani pembedahan 'ikat perut' atau lebih dikenali pembedahan bariatrik.

Ia adalah prosedur paling selamat untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan dengan kesan kegemukan ketara atau obesiti.

Selain Abby, juara Gegar Vaganza musim keempat iaitu Aishah antara selebriti yang pernah menjalani pembedahan Bariatrik ialah pada 2018.



Abby akui kurang selesa makan selepas jalani pembedahan tersebut.

Dalam pada itu, Abby memberitahu dia hilang selera makan dan berat badannya tidak menurun secara mendadak selepas melakukan pembedahan tersebut.

"Lepas hari pertama buat pembedahan, tak berganjak pun berat badan. Kemudian memang tak ada selera nak makan. Kalau makan pun, tak boleh banyak, tumpang-tumpang pinggan orang.

"Begitulah kaedahnya ya. Seminggu sebelum buat kena minum susu saja. Dua minggu pertama pula lepas buat, minum susu dengan makan kuah atau sup-sup saja. (Takda minyak atau gula atau apa lagi? Lupa.

"Daripada situlah mula turun sikit demi sikit berat kita tu. Bukan sebab dah buat, tiba-tiba kurus... lambat lagi," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain