suria

Apa kaitan Shahrulezad dengan peniaga nasi lemak? - “Naik muak! Tapi benda ni la yang orang suka tengok, tak habis-habis curang”

Shahrulezad sendiri akui sudah muak menulis skrip drama berkisahkan kecurangan dalam rumah tangga.

SEJAK zaman seniman legenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee penonton sudah disajikan dengan karya yang mengisahkan isu kecurangan dalam rumah tangga seperti filem Madu Tiga.

Hingga ke hari ini karya yang mengangkat tema berkenaan masih menjadi pilihan penonton dan ia diakui sendiri oleh pengarah Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bikin filem PLU hanya untuk dakwah, Shahrulezad sanggup ‘telan’ kecaman - “Baru tengok tajuk dah menggigil satu badan!”

Menurut Shahrulezad, sebagai pengarah drama semestinya dia juga sudah bosan dengan kisah seperti itu namun terpaksa akur dengan permintaan pihak stesen televisyen.

Shahrulezad berkongsi situasi permintaan dunia hiburan di Instagram.

"Satu lagi drama bertemakan kecurangan. Biasalah drama Melayu. Tak habis-habis dengan isu kecurangan. Daripada zaman Madu 3 P. Ramlee sampailah zaman sekarang isu kecurangan dalam rumah tangga tetap menjadi pilihan penonton.

"Naik muak abam. Tapi benda muak ini la yang penonton kita suka tengok. Keji. Kecam. Menyampah. Balik-balik cerita yang sama. Bosan... kalau korang (anda) bosan aku lagi tok nenek segala bosan tau.

"Dah 25 tahun kot menulis (skrip), rata-rata tema yang sama. Tapi benda yang sama tu jugalah masih orang tengok. Buat saja la. siapa nak tengok... tengok. Siapa yang tak nak tengok tukar saluran tengok Barney & Friends sana tu," katanya.

Saya buat apa yang pelanggan, stesen dan penonton mahu bukan apa yang saya mahu.

SHAHRULEZAD MOHAMEDDIN

PENGARAH & PENULIS SKRIP

Shahrulezad berkongsi perkara itu menerusi Instagram pada Jumaat dan rata-rata pengikut di laman sosialnya itu bersetuju dengan pendapat itu.

Dalam pada itu, pengarah dan penulis skrip drama bersiri Nur ini memberitahu dia hanya menjalankan perniagaan atas permintaan pelanggan, stesen TV dan penonton tanpa mengikut kemahuannya sendiri.

Kata Shahrulezad, apa yang dilakukannya itu sama seperti seorang peniaga nasi lemak yang menjual makanan sama setiap hari disebabkan mendapat permintaan daripada pelanggan.

"Saya melakukan perniagaan. Saya buat apa yang pelanggan, stesen dan penonton mahu... bukan apa yang saya mahu. Kalau saya nak syok sendiri saya akan buat kat platform lain. Tunggu... tunggu tau.

Shahrulezad hanya menjalankan perniagaan atas permintaan pelanggan dan stesen TV.

"Kalau korang tak tengok juga memang korang sejenis hmpp! Sembang kosong sajalah korang. Kau ingat makcik yang jual nasi lemak sedap nak mampus kat hujung simpang rumah kau tu tak jemu ke dengan nasi lemak dia sendiri.

"Dia lebih daripada jemu dah, cuma itu yang pelanggan dia tanya hari-hari. Nak buat macam mana. Jual saja la apa yang pelanggan nak.

"Nanti kalau jual lasagna atau chicken chop pagi-pagi, tak ada pula Melayu urban hispiter tu semua singgah nak beli. Tetap juga mereka tanya... kak nasi lemak tet** tak jual ke hari ini?" ujarnya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain