suria

Nora Ariffin berduka lagi, ibu mertua meninggal dunia - “Semoga dapat bertemu arwah Baba, Johan dan Alif”

Nora berkongsi berita sedih ibu mertuanya meninggal dunia.

BARU sahaja berkongsi kegembiraan bergelar nenek, penyanyi Nora Ariffin menerima berita duka apabila ibu mertuanya iaitu Nora Abdullah meninggal dunia pagi Rabu.

Nora, 46, menerusi Intagram meminta orang ramai mendoakan agar roh ibu kepada Allahyarham suaminya Johan Nawawi itu di tempatkan dalam kalangan orang beriman.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin kini bergelar nenek, timang cucu sulung - “Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat”

ARTIKEL BERKAITAN: “Allah uji saya lagi...” - Anak Nora Ariffin meninggal dunia selepas rebah di rumahnya

"Dukacita dimaklumkan ibu mertua saya Mami, Puan Nora Abdullah telah kembali ke rahmatullah pagi tadi dengan tenang.

"Semoga dapat bertemu dengan insan-insan tersayang, suami, anak dan cucu tercinta iaitu arwah Baba, arwah Johan dan arwah Alif" ujarnya.



Nora menimang cucu pertama pada minggu lalu.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Pada Rabu lalu, Nora bergelar nenek selepas anak sulungnya Mohd Syakir Iman, 27, dan menantunya Eilya Sofea menimang cahaya mata pertama.

Penyanyi lagu Desa Tercinta ini kehilangan suami, Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama pada 24 Mac 2017.

Kemudian, pada 14 Disember lalu, Nora dilanda berita duka apabila anak keduanya Muhammad Syakir Alif Johan meninggal secara mengejut di kediaman mereka.

Artikel Lain