suria

Puteri Sarah pernah keguguran kerana hamil luar rahim, nyawa hampir melayang - “Masa itu baru empat bulan berkahwin”

Puteri Sarah pernah berdepan keguguran akibat kehamilan luar rahim.

PELAKON Puteri Sarah Liyana berkongsi pengalaman menakutkan apabila dia mengalami keguguran selepas empat bulan berkahwin.

Akibat kehamilan luar rahim, Sarah, 34, berkata dia terpaksa dikejarkan ke hospital dan perlu menerima rawatan segera.

"Satu benda yang harus diketahui, Sarah pernah keguguran dulu sebelum mengandungkan anak pertama Syaikhul, masa itu tahun 2014.

ARTIKEL BERKAITAN: “Memang banyak syaitan!” - Perkahwinan dilanda badai, peminat minta Puteri Sarah pertahankan rumah tangga

"Ectopic pregnancy (kehamilan luar rahim), lagi menakutkan... sakit perut teruk nak pengsan dan nasib baik masa itu cepat pergi hospital.

"Apabila kena Ectopic pregnancy tak operate cepat-cepat ibu boleh meninggal ya!," katanya menerusi Instastory pada Jumaat.



Puteri Sarah berkongsi pengalaman pernah mengalami keguguran.

Sarah turut berkongsi foto isteri kepada penyanyi terkenal John Legend iaitu Chrissy Teigen yang mengalami keguguran, baru-baru ini.

Sementara itu, Sarah memberitahu dia mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan nyawanya berkemungkinan melayang jika lambat menerima rawatan.

"Dahlah masa itu baru empat bulan berkahwin, masa kena itu banyak pendarahan dalaman. Kalau tak cepat-cepat (menerima rawatan) dah meninggal kut.



Puteri Sarah dan suami, Syamsul Yusof.

"Allah masih bagi peluang untuk hidup dan lahirkan Syaikhul dan Sumayyah, bersyukur masih hidup!," ujarnya.

Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Sumayyah yang kini berusia setahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain