suria

Spekulasi dah kahwin dengan mat salih, Shiera anggap Sharifah Sakinah hanya bergurau - “Saya tak diberitahu apa-apa pun!”

Komen yang ditinggalkan Sakinah meninggalkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

PERKONGSIAN foto-foto mesra pelakon Sharifah Sakinah bersama seorang lelaki mat salih dikenali sebagai Michael Hansen meninggalkan tanda tanya dalam kalangan netizen yang mengesyaki pasangan itu sudah berkahwin.

Lebih menguatkan lagi spekulasi apabila Sakinah membalas komen seorang netizen dengan meletakkan emoji cincin.

ARTIKEL BERKAITAN: Masalah disleksia, ADHD punca Sharifah Sakinah tidak mahu rujuk dengan bekas suami - “Lega orang tak tuduh Aliff suami dayus!”

Bagaimanapun, pelakon Sharifah Shahirah menganggap tindakan adiknya itu hanya untuk bergurau dengan netizen.



Netizen membuat spekulasi Sakinah sudah berkahwin dengan jejaka bernama Michael Hansen.

Malah, penyampai radio Suria FM itu memberitahu dia tidak mengetahui sebarang maklumat jika adiknya benar-benar sudah berkahwin.

"Tak la... dia bergurau dengan netizen saja tu. Kalau dia kahwin tapi tak jemput kita tak tahu la sebab memang tak diberitahu apa-apa pun," katanya kepada mStar.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut sebaik sahaja melihat emoji cincin yang ditinggalkan oleh Sakinah di ruangan komen itu.

Sebelum ini Sakinah mendedahkan perkenalan mereka bermula di pusat senaman selepas dia selesai tempoh edah.

Sakinah ini memang suka mengusik dan seorang yang happy go lucky.

SHARIFAH SHAHIRAH

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

Dalam pada itu, Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera mengakui adiknya itu gemar mengusik netizen dengan meninggalkan komen seperti itu.

Bagaimanapun, Shiera berkata keluarganya tidak pernah menghalang sekiranya Sakinah ditakdirkan bertemu jodoh dengan lelaki tersebut.

"Sakinah ini memang suka mengusik dan seorang yang happy go lucky. Jadi, mungkin komen itu sekadar nak mengusik saja.

"Sebab dia bukan la orang yang suka bergaduh hanya sebab benda remeh saja, cuma kadang-kadang tu ada hyper sikit saja.



Sakinah mempunyai anak perempuan, Anais hasil daripada perkahwinan sebelum ini.

"Kami sekeluarga tidak halang jika dia dah bertemu jodoh sebab itu kehidupan dia. Apa-apa pun, kami minta doakan yang baik-baik untuk dia," ujarnya.

Pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired itu pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015.

Menerusi laporan mStar pada 9 Julai lalu, Sakinah mengesahkan dia sudah bercerai dengan Aliff pada Mei lalu.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Anais Adha yang kini berusia tiga tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain