suria

Awal Ashaari didakwa fitnah syarikat perabot, pemilik mula ambil tindakan - “Kami perlu atasi persepsi negatif ini”

Awal didakwa menyebarkan fitnah terhadap syarikat perabot menerusi Instastory miliknya baru-baru ini.

LANGKAH pengacara terkenal Awal Ashaari meluahkan rasa tidak puas hati di media sosialnya terhadap sebuah syarikat hiasan dalaman dan perabot tempatan bakal berdepan tindakan perundangan.

Menurut pengasas Naz Carpentry iaitu Azrianna Alyssa, Awal didakwa membuat kenyataan berniat jahat untuk merosakkan imej, jenama dan reputasi syarikatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Awal risau Scha banyak berubah ketika hamil - “Tengok TV pun tutup suara, dia rasa rimas dan sensitif dengan bunyi”

"Pihak Naz Carpentry tidak menjawab pertanyaan media tiga minggu lepas kerana kami tidak mempunyai persediaan secara profesional dan tidak mahu membuat kenyataan yang salah.

"Kami perlu mengatasi persepsi negatif ini dengan berkongsi kisah sebenar berdasarkan fakta kepada khalayak ramai dan golongan sasaran bagi membantu pemulihan ekonomi syarikat," katanya.

Kami perlu mengatasi persepsi negatif ini dengan berkongsi kisah sebenar berdasarkan fakta.

AZRIANNA ALYSSA

PENGASAS NAZ CARPENTRY

Azrianna berkata demikian menerusi kenyataan yang diedarkan firma Saiful Ridzuan Public Relations and Communications (Saiful Ridzuan) pada Khamis.

Selain itu Azrianna juga berkata publisiti negatif yang diterima beliau dan organisasinya adalah ancaman perniagaan yang serius kerana berpotensi merosakkan reputasi secara kekal dan, boleh mempengaruhi nilai perniagaan dan nilai pasaran syarikat.



Awal didakwa bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.

Sebelum ini, Awal dilaporkan memuat naik beberapa posting di Instastory yang mendakwa pemilik dan syarikat hiasan dalaman tersebut tidak memberi kerjasama dengan baik.

Pengacara itu juga meluahkan rasa tidak puas hati dan tertipu dengan syarikat hiasan dalaman itu.

Dalam pada itu menurut kenyataan itu lagi, Awal Ashaari berpotensi besar berhadapan ganti rugi yang tinggi sekiranya pihak mereka dapat membuktikan catatan dan posting pengacar tersebut berniat jahat untuk merosakkan imej, jenama dan reputasi Naz Carpentry.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain