suria

Hampir 20 hari tak jumpa kerana kuarantin, ibu Ismail Izzani tak mampu tahan sebak - “Rasa melayang hati ini tersangat rindu”

Suliza tidak dapat menahan sebak ketika memeluk erat anaknya, Ismail Izzani.

SELEPAS hampir 20 hari menjalani kuarantin, ibu kepada Ismail Izzani iaitu Datin Suliza Salam meluahkan rasa syukur akhirnya dapat bertemu dengan penyanyi itu.

Suliza, 55, yang juga penyanyi era 1980-an itu memberitahu dirinya terlalu rindu dan tidak dapat menahan air mata daripada mengalir saat memeluk erat remaja itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selesai 14 hari kuarantin, SFMM35 akan diteruskan pada 15 Disember ini

"Allahuakhbar... saat nampak dia depan mata. Rasa melayang hati ini tersangat-sangat dan teramat rindu. Berderai air mata.



Suliza kongsi video tersebut di laman Instagram miliknya.

"Masa ini tak ingat apa dah nak peluk dia kuat-kuat saja. Baru rasa lega... selama hampir 20 hari tak dapat jumpa sebab kuarantin.

"Alhamdulillah tiada kata selain syukur, syukur dan syukur kerana mengurniakan kesihatan yang baik buat dia," katanya.

Suliza berkongsi luahan tersebut dengan memuat naik video ketika pertemuan mereka di laman Instagram miliknya.

Dapat memeluknya dan melihat dia... adalah rahmat yang sangat besar buatku.

SULIZA SALAM

PENYANYI

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut turut berasa sebak melihat seorang ibu yang terlalu rindukan anaknya.

Sebelum ini, Ismail, 20, antara salah seorang penyanyi yang turut melakukan ujian saringan Covid-19 dan menjalani kuarantin selama 14 hari.

Ismail sepatutnya menyampaikan lagu Hello bersama penyanyi Andi Bernadee untuk episod ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SAMM35) pada 22 November lalu.



Ismail bersama ibu dan kakaknya.

Bagaimanapun program tersebut terpaksa ditunda selepas penyanyi Alif Satar disahkan positif Covid-19 dua hari selepas membuat persembahan di SFMM35.

Dalam pada itu, Suliza menganggap peluang untuk memeluk dan melihat Ismail satu rahmat yang besar buatnya dan mendoakan agar anak bongsunya itu sentiasa dalam keadaan sihat.

"Dapat memeluknya dan melihat dia adalah rahmat yang sangat besar buatku. Terima kasih, Ya Allah, sesungguh kau maha tahu.

"Insya-Allah terus sihat dan sukses anakku sayang, Amin," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain