suria

Awal Ashaari sedar perangai Lara Alana berubah sejak Scha Alyahya hamil - “Ibunya pakai minyak wangi pun dia tanya nak ke mana”

Awal Ashaari dedah Lara mula menunjukkan perubahan sikap selepas Scha hamil anak kedua.

PENGACARA dan pelakon Awal Ashaari berkata sejak isterinya iaitu Scha Alyahya disahkan hamil, anak sulung mereka iaitu Lara Alana mula menunjukkan perubahan sikap.

Cerita Awal, Lara menjadi seorang anak yang lebih manja dan mahu meluangkan lebih banyak masa bersama seolah-olah memahami dia bakal bergelar kakak tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lara Alana bakal dapat adik! Awal umum Scha Alyahya hamil 4 bulan

"Sejak Scha berbadan dua, Lara jadi lebih caring... ibunya pakai minyak wangi pun dia tanya nak ke mana, dia juga mahu kami pulang segera selepas selesai kerja, comel sangat tengok keletah dia sekarang ini.

"Dia macam tak mahu kita tinggalkan dia sebab dia dapat rasa sekarang ini saja masa untuk dia bersama kami, lebih-lebih lagi selepas mengetahui dia akan ada adik tahun depan.



Awal dan Scha tak sabar mahu menimang cahaya mata kedua selepas enam tahun kelahiran Lara.

"Mungkinlah dia rasa akan berkongsi dengan orang baharu tak lama lagi, jadi buat sementara waktu ini dia guna peluang yang ada," katanya kepada mStar.

Pada 6 Ogos lalu, pengacara program Melodi ini berkongsi berita gembira isterinya yang juga pelakon Scha Alyahya hamil anak kedua mereka selepas enam tahun kelahiran anak pertama.

Sekarang ni saya tengok Scha berbadan dua hanya senyum sahaja, iyalah selepas enam tahun dapat tengok balik Scha dengan ada baby bump begitu.

AWAL ASHAARI

PENGACARA & PELAKON

Ditanya mengenai kandungan Scha yang sudah memasuki usia tujuh bulan, Awal berkata isterinya itu sudah boleh bekerja seperti biasa dan tiada sebarang alahan.

"Alhamdulillah Scha dah okay, alahan pun dah tiada... dia sudah mula jalani kehidupan macam orang biasa.



Lara jadi lebih manja serta mahu luangkan lebih masa bersama ibu bapanya.

"Sekarang ni saya tengok Scha berbadan dua hanya senyum sahaja, iyalah selepas enam tahun dapat tengok balik Scha dengan ada baby bump begitu.

"Kami semua teruja untuk mengulangi proses yang sama seperti enam tahun lalu. Doakan semoga semua proses kehamilan sehingga hari kelahiran itu dipermudahkan," ujarnya.

Pada Januari lalu, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 37, menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim (endometiosis) yang menyukarkannya untuk hamil.

Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Lara Alana yang kini berusia enam tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain