suria

Jumpsuit Ashira ditegur seksi dan lucah... pereka busana ambil inspirasi fesyen Gwen Stefani - “Dia pun ada keinginan nak pakai macam idola dia”

Pereka fesyen baju Ashira iaitu Jimmy Couture menjawab kritikan netizen terhadap busana yang dipakai oleh penyanyi itu.

PENAMPILAN dan fesyen penyanyi Ashira ketika membuat persembahan peringkat separuh akhir Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) pada malam Ahad menerima kritikan segelintir penonton.

Ada yang berpendapat jumpsuit merah yang digayakan Ashira kelihatan seksi kerana rekaannya pada bahagian anggota sulit lebih menyerlah dan menarik perhatian.

Menjawab kritikan netizen itu, pereka busana yang dikenali sebagai Jimmy berkata idea baju itu diinspirasi daripada seorang penyanyi antarabangsa atas permintaan Ashira sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kelab malam tutup... saya terpaksa jual laksa dan live Bigo” - Ashira hilang kerja, dihalau dari rumah selepas enam bulan tak bayar sewa

"Baju ini atas permintaan Ashira, kami ambil inspirasi daripada pakaian yang digayakan oleh Gwen Stefani semasa membuat persembahan lalu. Saya memang bagi kebebasan untuk Ashira minta apa yang dia nak pakai pada malam separuh akhir.

"Dari minggu pertama hingga suku akhir, idea dan styling semuanya datang daripada saya cuma kali ini kita bagi dia peluang untuk serlahkan mood yang dia mahu supaya dia lebih bersemangat untuk menyanyi.



Netizen kurang senang dengan rekaan pada bahagian sulit.

"Sebagai penyanyi, dia pun ada keinginan nak pakai macam idola dia... saya sedar akan ada orang isukan tentang tiru fesyen tapi ini cuma inspired dan kita ubah sedikit mengikut kesesuaian pentas hiburan Malaysia," katanya kepada mStar.

Menerusi laman Twitter, netizen memuat naik komen nakal mengenai pakaian dipakai Ashira disifatkan terlalu ketat, seksi dan bunga merah yang dilekatkan pada bahagian bawah perut dikritik kurang sesuai.

Pada malam itu, Ashira mempersembahkan lagu Peluang Kedua nyanyian asal Nabila Razali dan Don't Speak (Gwen Stefani). Dia layak meneruskan saingan ke peringkat akhir minggu depan.



Baju Ashira itu merupakan inspirasi dari penyanyi Gwen Stefani.

Sementara itu, pemilik butik Jimmy Couture ini menafikan rekaan pakaian itu kelihatan lucah dan seksi seperti didakwa netizen.

"Saya dah buat baju untuk peserta sejak Gegar Vaganza musim kedua lagi, kita dah faham apa kehendak stesen dan menggunakan material yang sesuai untuk format televisyen.

"Netizen nampak bentuk V bunga itu di area tersebut, padahal memang dalam rekaan inspired pun memang ada di situ. Kita cuma ikut sahaja cumanya Gwen pakai seluar pendek tapi kita tukar seluar panjang.



Jimmy turut menyediakan pakaian untuk peserta GV yang lain antaranya Linda Nanuwil, Rozita Izlyn, Eva dan ramai lagi.

"Netizen ni macam malaikat, semua salah di mata mereka! Tapi saya okay sahaja dan tak terasa hati dengan komen serta kritikan mereka itu," katanya yang sudah berkecimpung lebih 15 tahun dalam dunia fesyen.

Sementara itu, Ashira berkata dia akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian selepas ini dan menerima segala komen netizen dengan hati terbuka.

"Terpulang pada mata dan fikiran yang melihatnya! Bagi saya pakaian ini tidak menjolok mata pun... ada lagi baju yang saya pernah pakai sebelum ini ketika menyanyikan lagu Fauziah Latif sampai kata saya tak pakai seluar. Tapi sebenarnya ada! Terima kasih atas komen-komen dan selepas ini kami akan lebih berhati-hati," katanya.

Selain Ashira, Jimmy juga pernah membuat rekaan baju untuk beberapa selebriti popular tanah air antaranya Siti Nordiana, Elly Mazlein, Liza Hanim, Amelina, Elyana dan Syura.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain