SUKAR melakukan pergerakan pada bahagian jari, pelawak Joey Daud memaklumkan dia mengalami sindrom trigger finger iaitu salah satu masalah berkaitan saraf pada anggota tubuh itu. Menurut Joey atau nama sebenar Zulkifli Daud, 47, dia disahkan menghidap penyakit tersebut sejak tiga bulan lalu dan mengakui aktiviti hariannya mula terganggu. "Saya kena trigged finger di jari telunjuk tangan kiri dan jari hantu di tangan kanan... bahagian itu rasa sakit dan kebas. Mungkin sebab banyak melukis mural sebelum ini menyebabkan ada bahagian saraf pada tangan terganggu. ARTIKEL BERKAITAN: “Aku tak akan ambil, anggap itu bukan rezeki” - Joey Daud tak layan produksi tawar harga ‘ciput’ "Saya mula kesan penyakit selepas sertai program lukisan mural selama tiga bulan di Johor, selepas itu sambung ride pula... daripada situ mula rasa bahagian jari macam tak selesa dan susah nak gerak. "Doktor kata kalau nak sembuh segera kena buat pembedahan kecil di tapak tangan tapi kita tengok dulu keadaan. Bayangkan nak bangun pagi susah nak buka tapak tangan, kena kawal minda buka perlahan-lahan, memang kebas dan bisa-bisa," katanya kepada mStar. Barisan pelakon filem 10 Tips Tipu Bini yang akan ditayangkan di Astro First bermula 7 Januari tahun depan. Joey ditemui semasa sidang media filem 10 Tips Tipu Bini yang diadakan di MaTIC, Kuala Lumpur pada Selasa lalu. Trigger Finger adalah satu penyakit jari yang am dialami disebabkan oleh keradangan dan seterusnya penyempitan sarung retinacular. Saya ada buat fisio sikit dan kawal pemakanan, saya cuba kurangkan gula sebab orang kata boleh kurangkan rasa kebas! JOEY DAUD PELAWAK Mereka yang menderita penyakit ini akan mengalami kesakitan, bunyi pop, dan pergerakan jari yang terjejas. Dalam pada itu, Joey berkata dia tidak mengikuti sebarang rawatan khusus, sebaliknya melakukan fisioterapi kendiri dan mengawal pemakanan bagi mengurangkan kesakitan. Joey bersama kumpulan JBorn yang turut dianggotai oleh Man dan Khir Rahman sedang bersaing di pentas Muzikal lawak Superstar 2020. "Saya ada buat fisio sikit dan kawal pemakanan, saya cuba kurangkan gula sebab orang kata boleh kurangkan rasa kebas. "Ada orang ingat sakit ni sebab masalah jantung tapi buat pemeriksaan tiada sebarang masalah. Sebenarnya ada orang kena lebih teruk, macam saya mulanya tiga jari tapi satu lagi dah baik. "Sekarang ini aktiviti membabitkan tangan dan jari agak terhad, tak boleh nak genggam sesuatu dengan kuat. Walau bagaimanapun saya masih melukis macam biasa mengikut keselesaan jari," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!