NIAT Shakilla Khoriri berkongsi aktiviti dia memanjat tangga untuk memasang sendiri bidai di bilik tidur nampaknya disalah erti segelintir netizen yang mempertikaikan peranan suami aktres tersebut iaitu Fizi Ali. Shakilla bagaimanapun menjelaskan perkongsian di Instagram miliknya itu tidak bermaksud untuk memalukan suami sebaliknya mengakui Fizi banyak membantu dalam menguruskan anak mereka iaitu Ameena Sofia. ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri kembali berlakon bukan sebab masalah kewangan - “Kalau tak kerja pun masih boleh hidup dan makan” Pelakon berusia 31 tahun ini juga memberitahu tujuan dia berkongsi perkara itu kerana ingin menunjukkan bahawa wanita juga mempunyai minat dan mampu melakukan kerja rumah seperti itu. Shakilla menjelaskan perkara itu di ruang komen perkongsian tersebut. "Subahanallah Allahukbar... Posting ni tak ada maksud tersirat atau tersurat. Sekadar semangat buat kakak-kakak dan adik-adik ya. Langsung tak ada kaitan dengan suami saya. "Jangan buat andaian atau komen perkara yang akan buat pihak lain tersinggung. Fizi banyak tolong saya dekat rumah dalam uruskan anak. Kau fikir Ameena siapa jaga masa aku duk bertukang ni! "Jangan salah bual ya semua. Saya cuma nak nyatakan yang kerja rumah ni mudah, perempuan pun boleh buat. Perlu ada minat," kata Shakilla. Suami saya Alhamdulillah banyak membantu dan hormat minat saya. SHAKILLA KHORIRI PELAKON Sebelum ini, isteri kepada Fizi Ali yang juga penyampai radio suria FM itu berkongsi video memperlihatkan dia sedang memanjat tangga untuk memasang bidai. Biarpun rata-rata netizen memuji sikap Shakilla yang rajin namun ada juga segelintir mereka beranggapan kerja rumah tersebut sepatutnya dilakukan oleh suami. Dalam pada itu, Shakilla berkata perkongsian tersebut juga boleh dijadikan sebagai contoh untuk seseorang itu melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh tanpa mengharapkan orang lain. Shakilla bersama suami dan anak mereka. Pelakon drama Air Mata Di Bumi Matador ini juga meluahkan rasa syukur mempunyai seorang suami yang banyak membantu dan menghormati minatnya. "Kaitkan sekali dengan apa yang kita nak dalam hidup ini... kena tekun dan sungguh! Jangan mudah harapkan orang lain. "Alhamdulillah suami saya banyak membantu dan hormat minat saya. Sekarang dia dah merajuk, siapa komen buat dia sentap pujuk cepat," ujarnya. Shakilla mendirikan rumah tangga dengan Fizi pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia yang kini berusia setahun. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!