suria

PU Riz kongsi potongan hadis, peringatan ketika berdepan ujian - “Apabila seseorang itu ambil selain daripada sunah, maka binasalah dirinya”

Hingga kini sama ada PU Riz atau Neelofa masih belum memberi apa-apa pengesahan mengenai status hubungan mereka.

STATUS hubungan antara Pencetus Umah (PU) Riz dengan usahawan dan pengacara popular, Neelofa Mohd Noor masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

Menerusi posting terbaharu di Instagram, PU Riz atau Haris Ismail berkongsi sepotong hadis yang mengingatkan mengenai ujian dalam kehidupan.

Ketika isu membabitkan dia dan Neelofa masih 'panas', perkongsian itu dilihat sebagai 'gambaran' bahawa dia harus kuat berdepan dengan pelbagai dugaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa nafi terkena buatan minyak pengasih, ‘transfer’ duit kepada PU Riz - “Keluarga kami dalam proses perbincangan cari titik penyelesaian”

"Nabi bersabda, ada kalanya diri kita akan kukuh dan kuat iman, ada kalanya kita lemah dalam iman dan sesiapa pada kala dia lemah dia berpegang dengan sunah, maka dia akan diberi hidayah.

Perkongsian PU Riz di Instagram.

"Tapi apabila seseorang itu ambil selain daripada sunah, maka binasalah dirinya. Sentiasa letakkan kepercayaan pada Allah," demikian potongan hadis yang dikongsikan PU Riz.

Kisah mengenai hubungan PU Riz dan Neelofa hangat diperkatakan netizen selepas adik-beradik bekas pengacara MeleTOP itu asyik berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada pendakwah muda berkenaan.

Apabila seseorang itu ambil selain daripada sunah, maka binasalah dirinya. Sentiasa letakkan kepercayaan pada Allah.

PU Riz

Pendakwah selebriti

Ia sekaligus mengundang pelbagai spekulasi dan andaian dalam kalangan netizen termasuk dakwaan Neelofa terkena minyak pengasih, berkahwin secaran senyap dan transaksi sejumlah wang.

Bagaimanapun Neelofa akhirnya tampil menafikan semua tuduhan berkenaan yang dianggap fitnah dan tidak berasas menerusi video di Instagram.

Neelofa telah dirisik oleh Pu Riz pada 1 November lalu.

Pada 1 November lalu, PU Riz menghantar rombongan merisik usahawan tersebut di kediaman keluarga Neelofa di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Namun kini berdasarkan pemeriksaan di Instagram ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohammed dilihat memadam gambar majlis tersebut di media sosialnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain