SERING diajukan soalan mengenai anak, pelakon Mona Allen berkata dia masih belum terfikir untuk memiliki cahaya mata dalam masa terdekat ini. Mona atau nama sebenar Munna Haraneza Allen, 35, memberitahu dia perlu menyelesaikan beberapa tugasan lakonan sebelum fokus mengenai perancangan keluarga. "Belum lagi, mana ada (hamil)... sekarang ini saya tengah dalam penggambaran drama episod panjang, jadi tak boleh nak ke arah itu. ARTIKEL BERKAITAN: Tak gemar perempuan suka berkepit punca Pekin Ibrahim pilih Mona Allen "Tahun depan baru boleh nak fikir mengenai perancangan keluarga. "Kita pun dah umur berapa... jadi selepas ini boleh fokus tentang keluarga pula," katanya kepada mStar. Mona bahagia melayari alam perkahwinan dengan Pekin Ibrahim. Mona ditemui selepas tayangan perdana filem Salina yang diadakan di mmCineplex, eCurve, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. Mona mendirikan rumah tangga dengan aktor Pekin Ibrahim atau Mohd Iznan Ibrahim, 39, pada 7 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup. Rupa-rupanya tak mudah berlakon dengan suami sendiri... lagi pun dia pelakon juga, memang mencabar! MONA ALLEN PELAKON Sementara itu Mona berkata dia kini sedang sibuk mempromosikan filem terbaharu lakonannya bersama suami berjudul Salina. Bercerita mengenai pengalaman pertama bergandingan bersama Pekin, Mona berkata tempoh sebulan penggambaran agak mencabar buat mereka. Ujar Mona dia dilayan seperti orang asing dan tidak bertegur sapa kerana terbawa-bawa watak dalam filem tersebut. Mona akui sukar berlakon dengan suami dalam filem Salina. “Ketika terima tawaran Salina saya gembira sangat, terutama apabila dimaklumkan berpeluang untuk berlakon pertama kali filem genre thriller psikologi bersama suami. "Ingatkan dapat minta tunjuk ajar daripada dia, tapi lain pula hal yang berlaku. Sepanjang jalani penggambaran, Pekin tak nak bercakap dengan saya sama ada dari masuk kereta untuk pergi ke lokasi penggambaran sampai tiba di rumah semula. "Rupa-rupanya tak mudah berlakon dengan suami sendiri... lagi pun dia pelakon juga, memang mencabar! Apa-apa pun saya bersyukur akhirnya filem ini menemui penonton," ujarnya yang memaklumkan filem ini menjalani penggambaran selepas lapan bulan mereka berkahwin. Selain Mona dan Pekin, Salina turut dibintangi Alicia Amin dan Sharifah Shahora. Filem arahan Raja Mukhriz ini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 25 Mac lalu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!