suria

Neelofa minta bertenang, cerita bulan madu di Langkawi ‘gegar’ satu negara - “Sekarang berjuta orang dah tahu...”

Neelofa mendedahkan mengenai perancangannya untuk membuka satu cawangan minuman itu di Langkawi. Foto Instagram: cameo.x

DUNIA hiburan kecoh apabila pasangan selebriti Noor Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz dikatakan berada di Langkawi, Kedah untuk berbulan madu sejak Ahad lalu.

Bagaimanapun kekeliruan terjawab apabila pasangan ini rupa-rupanya terbang ke pulau peranginan itu bagi menghadiri pembukaan cawangan sebuah jenama minuman francais terkenal.

Mengakui ada hikmah atas apa yang berlaku, Neelofa, 32, berkata kontroversi itu sedikit sebanyak membantu memberikan publisiti kepadanya dalam perancangan menceburi perniagaan minuman berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa, PU Riz bukan pergi bulan madu... terbang ke Langkawi lancar kedai minuman

"Bertenang semua di luar sana... tak launch lagi (tapi) free marketing dah gegar satu negara.

"Syukur rezeki Allah atur. Sekarang berjuta orang tahu outlet saya akan dibuka di Langkawi," katanya.

Neelofa mahu buka cawangan minuman terkenal itu di Langkawi.

Neelofa berkata demikian menerusi Instastory miliknya pada Khamis.

Sejak Isnin lalu, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, dan suaminya, Haris Ismail, 26, sekali lagi menjadi bualan ramai apabila beberapa gambar di Pulau Langkawi tular di media sosial.

Menerusi gambar yang tular, Neelofa dan suaminya dilihat berada di sebuah restoran popular di pulau peranginan berkenaan.

Sangkaan netizen itu bagaimanapun meleset apabila Neelofa dan PU Riz didapati merentas negeri atas urusan kerja.

Neelofa dan PU Riz berkahwin pada Sabtu lalu.

Pasangan pengantin baharu ini dimaklumkan berada di pulau peranginan itu bagi mengadakan lawatan kerja dengan sebuah jenama minuman francais terkenal.

Menjelaskan kekeliruan yang timbul dalam kalangan netizen, Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali memberitahu pasangan ini menghadiri pembukaan beberapa cawangan di Langkawi, Sungai Petani dan Kangar.

Neelofa sah menjadi isteri kepada Riz di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain