suria

Nonny Nadirah buat hal lagi, kongsi gambar berkemban dalam tong air... Mila Jirin dah tak larat - “Populariti belum tentu bawa sepinggan nasi pada kau!”

Mila kecewa dengan perubahan penampilan Nonny Nadirah.

NAMPAKNYA teguran dan nasihat orang ramai kepada pelakon Nonny Nadirah tidak berhasil apabila dia berterusan berkongsi gambar seksi di Instagram.

Seakan mahu terus mencari perhatian, kali ini Nonny tanpa segan silu memuat naik gambar dia berkemban sambil berendam di dalam tong air.

Antara rakan selebriti yang paling kecewa dengan sikap Noony adalah Mila Jirin.

Kata Mila atau nama sebenar Norsyarmilla Jirin, 33, dia sudah berusaha sehabis baik membantu sahabatnya itu, namun segala nasihat dan teguran seolah-olah tidak dipedulikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Niezam Zaidi dituduh jadi punca Nonny Nadirah berubah seksi - “Ada juga suruh saya kahwin dengan dia”

"Aku dah tak nak tegur... aku dah tak nak cakap. Aku dah penat menangis untuk kau sahabat! Andai kau betul-betul perlukan perhatian sebegini sahabat, teruskan Nonny!

"Kau mungkin dapat nikmat di dunia tetapi tidak di akhirat... aku hanya mampu mohon Allah jentik hati kau balik ke landasan, aku tak baik tapi aku dah cuba sebaik-baiknya tarik kau.



Mila tinggalkan komen di muat naik terbaharu Instagram Nonny Nadirah.

"Tetapi hari ini aku tahu, hanya aku sayang kau sebagai sahabat... tetapi tidak kau! Kau tak peduli pun sahabat kau! Syabas kau dapat semula populariti," katanya.

Mila menulis luahannya itu menerusi ruangan komen pada foto terbaharu yang dimuat naik oleh Nonny atau Nonny Nadirah Zainuddin, 31, pada malam Rabu.

Aku doa moga Allah jentik hati kau sebab hanya Allah mampu ubah apa yang ada dalam kepala otak kau!

MILA JIRIN

PENYANYI

Menerusi ruangan kapsyen, bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima itu hanya menulis perkataan 'Soap' selain akaun Instagram sebuah produk kesihatan wanita.

Beberapa jam kemudiannya, Nonny menutup ruangan komen pada perkongsiannya itu.

Dalam pada itu, Mila berkata jika tujuan Nonny memuat naik foto itu sekadar untuk meraih perhatian, ia bukanlah sesuatu tindakan yang bijak.



Perkongsian Nonny Nadirah undang rasa kurang senang netizen dan rakan artis.

Justeru itu, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk sahabatnya itu.

"Ingat Nonny populariti di dunia ini belum tentu dapat bawa sepinggan nasi pada kau.

"Aku doa moga Allah jentik hati kau sebab hanya Allah mampu ubah apa yang ada dalam kepala otak kau," ujarnya.

Pada 26 Mac lalu, nama Nonny Nadirah mula menjadi sebutan netizen apabila memuat naik video dengan penampilan baharu yang lebih seksi.

Mila merupakan antara rakan artis pertama yang meluahkan rasa kecewa dengan perubahan Nonny itu dan menasihatinya supaya kembali ke pangkal jalan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain