suria

Anak ketiga baru berusia 8 bulan tapi peminat dah minta Fasha Sandha beranak lagi - “Aisha masih kecil, kasihan dia”

Fasha Sandha belum terfikir untuk tambah anak baharu dalam masa terdekat.

WAJAH comel anak kepada pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz iaitu Aisha Amaira sering mencuri tumpuan pengikut di laman sosial.

Keletah dan gelagat bayi berusia lapan bulan ini menjadi perhatian peminat hinggakan ada yang meminta Fasha melahirkan lebih ramai lagi anak-anak yang comel.

Menjawab komen seorang pengikut di Instagram miliknya, Fasha, 37, berkata dia masih belum terfikir untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa makna bahagia dan cantik selamanya, Fasha pilih nama Aisha Amaira - “Awak anak kelima ibu dan ayah tau! Lagi dua dalam syurga”

Namun, pelakon filem Anak Mami Kembali ini tidak menolak jika dikurniakan rezeki itu dalam tempoh masa dua atau tiga tahun lagi.

Keletah comel Aisha Amaira sering mencuri tumpuan peminat Fasha di laman Instagram.

"Alamak! InsyaAllah tapi belum (masa) lagi la sis... Aisha masih kecil. Kasihan dia. InsyaAllah lagi dua, tiga tahun," katanya.

Fasha membalas komen seorang pengikut yang memintanya menambah cahaya mata baharu dalam masa terdekat.

"Fasha tolong beranak lagi... baby comel sungguh," tulis peminat tersebut.

Fasha bersama suami Aidil Aziz dan anak mereka, Aisha Amaira.

Aisha Amaira Mohd Aidil dilahirkan pada 7 Ogos tahun lalu.

Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan mendirikan rumah tangga dengan Aidil Aziz, 33, pada Mac 2019 dan ia merupakan perkahwinan kali kedua buatnya.

Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain