WALAUPUN sudah lebih 12 tahun menceburkan diri dalam bidang lakonan, Amar Baharin bersyukur kerana masih lagi menjadi pilihan pihak stesen televisyen dan syarikat produksi untuk memegang watak utama dalam naskhah mereka. Menurut Amar atau nama sebenarnya, Amar Mohd Baharin, 36, jangka hayat seseorang pelakon bergantung sepenuhnya pada disiplin serta cara kerja yang ditunjukkan mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Biarkan anak lelaki berambut panjang, Amar Baharin ada sebab tersendiri - “Awak tak perlu kasihan dekat anak saya” "Sekarang ini mungkin saya dah jadi pilihan ketiga atau keempat untuk produser dan pihak stesen TV pilih bagi membintangi drama terbitan mereka. Suami kepada Amyra Rosli ini percaya sikap kerja seseorang selebriti itu menjadi penentu terhadap kelangsungan kerjaya mereka. "Saya tak rasa itu satu masalah... tidak mengapalah mungkin mereka nak beri peluang kepada pelakon BBNU yang fresh. Saya selalu percaya rezeki ada di mana-mana. "Tawaran berlakon bukan bergantung pada status sama ada kita dah kahwin atau belum. Apa yang saya nampak sepanjang 12 tahun dalam bidang ini, attitude seseorang pelakon itu yang memainkan peranan penting untuk kelangsungan diri dalam industri hiburan," katanya kepada mStar. Amar ditemui pada majlis pelancaran kempen Ramadan Astro 2021, Buka Lembaran Baharu yang diadakan di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini. Tawaran berlakon bukan bergantung pada status sama ada kita dah kahwin atau belum. AMAR BAHRIN PELAKON Suami kepada aktres Amyra Rosli ini juga percaya kualiti lakonan seseorang itu boleh diasah biarpun pada awal kemunculan mungkin ia kelihatan sedikit kaku dan 'kayu'. "Bagi saya kalau pelakon baharu itu berlakon 'kayu' tapi apabila dia dah buat banyak drama selepas itu, pasti lakonannya akan improve juga daripada masa ke masa. "Tapi lainlah kalau dia ada masalah attitude, contohnya hari-hari datang lambat ke set penggambaran. Benda-benda macam inilah sebenarnya yang menyebabkan mereka akan kehilangan tawaran berlakon," katanya. Sementara itu bercerita tentang perkembangan karier, Amar akan muncul dengan drama terbaharu berjudul Hati Yang Dikhianati. Amar digandingkan dengan Isyariana menerusi drama adaptasi dari Venezuela, Mis Tres Hermanas. Drama rantaian 65 episod itu merupakan adaptasi daripada naskhah popular dari Venezuela, Mis Tres Hermanas. Drama yang pernah menjadi fenomena di seluruh dunia pada tahun 2000 itu mengisahkan tentang tiga adik-beradik perempuan yang dijaga oleh abang sulung menjalani kehidupan yang penuh liku dan cabaran. Hati Yang Dikhianati yang mengambil lebih 70 peratus persamaan daripada drama latin tersebut turut dibintangi oleh Isyariana, Mona Allen, Zamarul Hisham dan Syamim Farid. Drama terbitan Global Station itu akan ditayangkan bermula 12 April ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang di saluran Astro Prima (105). Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!