suria

Michael Ang membebel sikap pekerja tak tahu adab - “Kulit muka tu dah setebal simen!”

Michael minta individu tersebut perbaiki diri supaya lebih mensyukuri nikmat yang Allah berikan.

PENGARAH drama terkenal Michael Ang meluahkan rasa berang terhadap pekerja yang tidak melakukan tugas dengan sebaiknya selain bersikap biadab terhadap majikan.

Tidak mampu lagi menahan kemarahannya, Michael juga memberitahu individu tersebut bukan sahaja tidak bersyukur dengan rezeki yang diberikan malah turut menunding jari kepada pihak lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Rosakkan fosil Gua Matsoorat semasa penggambaran ‘Angkara Cinta’, Michael Ang akan cari siapa pelaku

"Rezeki seseorang itu memang pemberian Allah tapi tak bermakna Allah dah bagi, kau buat kerja macam syarikat itu bapa kau punya! Allah dah bagi, tanggungjawab kau la untuk menjalankan kerja itu sebaiknya.

Dalam dunia ni tak ada orang berhutang untuk bagi rezeki kat awak!

MICHAEL ANG

PENGARAH

"Bukan bermakna bos kau itu berhutang untuk bagi kau kerja. Ni dah bagi kerja, perangai macam si** dan mulut lagi si** daripada mulut pondan.

"Lepas itu, salahkan bos la... salahkan kerajaan la. Akhirnya kata semua orang salah kecuali diri anda! Bodoh punya manusia," tulis Michael.

Pengarah drama siri Marry Me Senorita itu memuat naik luahan tersebut menerusi Instagram dan rata-rata netizen serta rakan selebriti turut menyokongnya.

Michael muat naik status di Instagram miliknya.

Segelintir netizen juga menganggap individu tersebut akan terus gagal dalam hidup kerana tidak tahu bersyukur dengan rezeki dan pertolongan yang diberikan.

Dalam pada itu, biarpun tidak menyebut nama sesiapa pun namun Michael meminta individu tersebut memperbaiki diri supaya tahu mensyukuri setiap rezeki.

"Ini memang perangai pekerja sekarang! Sila cermin dan baiki la diri tu ya. Dalam dunia ni tak ada orang berhutang untuk bagi rezeki kat awak! Rezeki anda adalah perbuatan anda sendiri!

"Sila pergi tengok cermin! Siapa makan cili siapalah rasa pedas! Tapi kalau perangai dah macam ni, cakap apa pun tak guna sebab otak tu memang tak boleh pakai dan kulit muka tu dah setebal simen!" katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain