suria

Diana Danielle puji keberanian Janna Nick kongsi masalah mental, rakan selebriti lain turut beri kata-kata semangat

Diana berkata perkongsian Janna beri inspirasi kepada ramai orang.

RAKAN selebriti turut memberi kata-kata semangat dan sokongan kepada Janna Nick selepas aktres itu mendedahakn dirinya disahkan menghidap penyakit bipolar.

Menerusi ruang komen di perkongsian di Instagram Janna, pelakon Fadlan Hazim memberitahu aktres itu mengambil langkah yang tepat dengan mendapatkan pertolongan pakar dan berkongsi pengalamannya kepada umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya Janna Nick penghidap bipolar, akui pernah cuba bunuh diri - “Saya tak punya keluarga yang sempurna...”

"Teruskan kuat ya. Betul dah langkah pertama yang hang buat ini. Dapatkan pertolongan dan kongsikan pengalaman hang dekat semua orang. BIar semua orang tahu yang mereka tidak keseorangan.



Antara komen daripada rakan selebriti di Instagram Janna.

"Mereka juga perlukan bantuan daripada pakar. Masalah kesihatan mental ni sama saja macam masalah kesihatan lain. Aku doakan hang semoga berjaya untuk perjalanan pemulihan hang," tulis Fadlan.

Selepas beberapa minggu berehat daripada media sosial, pemilik nama Nurul Jannah Muner itu tampil mendedahkan dia rupa-rupanya menghidap penyakit bipolar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon drama siri Marry Me Senorita itu berkata dia kini sedang menjalani rawatan dengan mengambil ubat atas nasihat doktor.

Janna, awak telah sampai sejauh ini... awak sepatutnya berbangga dengan diri sendiri.

RAMONA ZAM ZAM

PELAKON

Kekasih kepada aktor Dini Azan Schatzmann itu juga membuat pendedahan mengejutkan bahawa dia pernah membuat cubaan bunuh diri sebanyak dua kali diusia remaja.

Dalam pada itu, pelakon Diana Danielle memuji keberanian aktres 26 tahun itu yang mendedahkan masalah kesihatan mentalnya kepada umum.

Menurut Diana, sedikit sebanyak perkongsian Janna itu dapat membantu dan memberi inspirasi kepada orang lain yang turut berdepan dengan masalah yang sama.

"Semua orang ada kisah untuk dikongsikan, perjalanan mereka untuk ditakluki. Kami sayangkan awak dan awak seorang yang kuat untuk dedah serta kongsi perkara ini.



Janna mendedahkan dia pernah beberapa kali membuat cubaan bunuh diri.

"Ia dapat membantu orang lain yang mungkin tidak tahu apa yang mereka sedang lalui. Terima kasih kerana menjadi inspirasi kepada semua yang melalui perkara yang sama macam awak. Semoga Allah memudahkan perjalanan anda," katanya.

Sementara itu, Ramona Zam Zam yang juga seorang aktres mengakui dia berasa sedih dengan perkongsian tersebut namun berharap Janna berbangga dengan diri sendiri kerana berani.

"Janna, awak telah sampai sejauh ini... awak sepatutnya berbangga dengan diri sendiri. Sedihnya baca kisah awak. Ini sudah tentu bukan pengakhiran, Allah beri ujian pada orang yang sepaturnya dan semua terjadi ada sebab.

"Buat semua perkara yang menggembirakan anda. Rehatlah secukupnya," komen Ramona.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain