suria

Mahu rebut pahala Ramadan, Syatilla Melvin seronok agih bantuan kepada golongan miskin bandar

Syatilla seronok dapat turun padang memberi bantuan kepada golongan susah.

TIDAK mahu melepaskan peluang berebut pahala di bulan yang mulia, pelakon Syatilla Melvin buat pertama kali sertai program Raikan Ramadan anjuran Yayasan Maghfirah.

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, meluahkan rasa seronok dan gembira dapat mengagihkan makanan serta bantuan kepada golongan tidak berkemampuan di bandar ibu kota, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Sabarlah Sam... Syatilla Melvin keguguran, tiada rezeki timang anak ketiga

Penyanyi berusia 30 tahun ini memberitahu dia juga belajar banyak perkara dan berharap diberi peluang lagi untuk sertai program seperti itu.



Hafiz dan Syatilla turut serta dalam program itu,

"Sebenarnya untuk program ini, saya hanya datang sebagai jemputan untuk memeriahkan lagi. Kebetulan, rakan saya dalam Yayasan itu mengajak untuk sertai bersama.

"Sebelum ini, saya tak ada masa dan kesempatan untuk turut sertai program seperti ini... jadi, ini kali pertama saya dapat join sekali. Sejujurnya, saya rasa seronok dan gembira.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Walaupun bukan saya yang menerima sumbangan itu dan datang untuk beri sokongan, tapi saya rasa best dan gembira. Banyak benda yang saya belajar melalui program ini. Insya-Allah kalau ada peluang, saya nak join lagi," katanya kepada mStar.

Sejujurnya, saya rasa seronok dan gembira.

SYATILLA MELVIN

PELAKON

Selain Syatilla, penyanyi Hafiz Hamidun turut sertai program menyerahkan bantuan berupa agihan pek bekalan di Dataran PPR Pantai Ria (PPR Sri Cempaka, Kerinchi, Kg Limau Sri Pantai), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi program itui, sebanyak 300 kotak pek Ramadan dan Syawal bernilai RM18,000 akan diserahkan untuk setiap PPR, dengan 5,000 kotak bakal diedarkan sepanjang bulan.

Duit raya sebanyak RM50 juga turut disertakan dalam setiap pek Syawai dan ia termasuk 6,000 pek iftar yang juga telah diagihkan bermula 1 Ramadan lalu dengan sasaran 35,000 penerima manfaat.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini mengakui tidak ramai selebriti tempatan yang sanggup turun padang memberi bantuan memandangkan tiada bayaran yang lumayan.



Syatilla bersama salah seorang penduduk PPR di Lembah Klang.

Pertama kali mengikuti program tersebut, Syatilla berasa terkejut apabila mengetahui terdapat golongan miskin yang tinggal di tengah bandar.

"Saya sendiri berbesar hati untuk sertai... sebab saya tahu tak ramai selebriti yang sanggup turun padang memandangkan tiada bayaran yang best. Tapi saya datang seikhlas hati sebab nak rasai pengalaman itu sendiri.

"Sebelum ini, saya hanya adakan program amal dengan syarikat sendiri seperti mengadakan jamuan berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Tapi saya tak sangka, rupa-rupanya dalam tengah bandar ada golongan yang susah.

"Kebanyakkan yang kita tahu di kawasan perkampungan... jadi, bila ada golongan miskin di KL ini agak mengejutkan saya juga," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain