suria

Letak harga bukan bermakna Caliph Buskers dah ‘demand’, terima ‘job’ yang berbaloi dikongsi berlima

Kumpulan Caliph Buskers yang ditubuhkan pada 2014 popular dengan lagu Hanya Namamu.

SELEPAS lebih tujuh tahun bergiat aktif dalam industri hiburan tempatan, kumpulan Caliph Buskers tidak menafikan masih lagi terdapat beberapa penganjur yang memberikan tawaran harga tidak berpatutan dengan usaha mereka.

Menurut vokalisnya, Azmi Saat atau nama sebenarnya, Khairul Azmi Mohd Saat, 34, kumpulan itu kini meletakkan harga bukanlah bermaksud 'meninggi diri' dengan kejayaan yang dikecapi mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering bergerak solo, Azmi Saat akui pernah selisih faham dengan Caliph Buskers - “Saya tak lupakan mereka, kalau ada rezeki lebih selalu belanja makan”

Sebaliknya, mereka kini sudah menpunyai nilai harga yang bersesuaian agar ia berbaloi dengan kudrat yang dicurahkan mereka demi menjayakan sesebuah persembahan.

"Saya memang tidak tahu rate card artis-artis lain macam mana tetapi kalau kumpulan Caliph Buskers memang kami meletakkan sejumlah harga yang bersesuaian dengan kami berlima.

Vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat.

"Dulu ada penganjur mahu kami buat persembahan di Kedah dengan tawaran harga sebanyak RM1,000, jadi kami terpaksa menolak sebab jumlah yang ditawarkan itu termasuk sekali kos pengangkutan kami ke sana.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya rasa sekarang mana-mana buskers pun tidak akan terima persembahan di luar KL jika ditawarkan RM1,000 sahaja. Ia bukan bermaksud kami demand sebaliknya harus bersesuaian dengan usaha kami untuk sampai ke sana," katanya kepada mStar.

Kumpulan Caliph Buskers memang kami meletakkan sejumlah harga yang bersesuaian dengan kami berlima.

AZMI SAAT

VOKALIS CALIPH BUSKERS

Sementara itu, Azmi juga berkata Caliph Buskers tidak akan sesekali berkira sekiranya persembahan itu melibatkan program amal atau kebajikan.

"Kalau kami diundang untuk program amal, kami akan pergi tanpa banyak tanya sebab buat benda baikkan. Lainlah, kalau ada mana-mana syarikat besar yang buat undangan memang kami ada harga-harga tertentu.



Caliph Buskers mula dikenali selepas menggantikan Mojo dalam AJL 29.

"Setakat ini saya tak dengar pula ada mana-mana penganjur kata kami semakin kekwat (sombong) disebabkan rate card yang diletakkan oleh kami," ujarnya.

Selain Azmi, Caliph Buskers turut dianggotai Zaki selaku pemain bass, Fendy (pemain dram), Nirwan (pemain gitar) dan Nadira (shaker).

Kumpulan ini mula mendapat perhatian ramai selepas tampil dalam pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL 29) dengan menyanyikan lagu Romancinta nyanyian asal kumpulan Mojo pada tahun 2015.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain