suria

Wany Hasrita sedih isu bunuh diri jadi bahan jenaka, mohon netizen henti sebar foto lelaki maut terjun tingkat 3

Wany berkongsi perasaannya mengenai insiden lelaki maut terjun tingkat 3.

KEJADIAN seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga pusat membeli-belah di Kuala Lumpur pada Rabu turut mengundang simpati daripada penyanyi Wany Hasrita.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, mengakui hatinya remuk apabila mengetahui masalah kemurungan atau kesihatan mental wujud dalam kalangan masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar lelaki maut jatuh dari tingkat 3 pusat beli-belah di KL

Sedih dengan insiden yang berlaku itu, penyanyi berusia 29 tahun ini menasihati semua pengikutnya agar menghubungi rakan atau ahli keluarga untuk bertanyakan khabar.

Wany berharap semua orang berhenti sebar foto kejadian di pusat membeli-belah.

"Saya ada terbaca kes seorang lelaki terjun dari tingkat tiga. It's really hearbreaking knowing that depression is real. Kesedaran tentang masalah kesihatan mental di kalangan kita perlu ada.

"Tolong lihat kawan atau ahli keluarga yang dah lama tidak dihubungi... tanya khabar mereka. Kita tak tahu apa yang mereka simpan, fikirkan dan sedihkan. Mungkin ada orang tak cerita dan suka simpan," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Penyanyi lagu Belenggu Rindu ini berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instastory miliknya selepas membaca berita mengenai kes itu di Twitter.

Saya rasa masa ada lagi segelintir daripada kita yang tak sensitif dengan isu ini.

WANY HASRITA

PENYANYI

Menerusi laporan mStar pada Rabu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan seorang lelaki maut selepas jatuh dari tingkat tiga di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.

Mohamad Zainal juga memberitahu siasatan berhubung kejadian yang berlaku pada pukul 1.53 petang, Rabu itu sedang dijalankan.

Dalam pada itu, Wany turut meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak sensitif malah menjadikan kejadian tersebut sebagai satu jenaka di laman sosial.

Wany doakan yang baik-baik untuk semua orang.

"Saya rasa masa ada lagi segelintir daripada kita yang tak sensitif dengan isu ini. Ada yang buat lawak katanya 'fuyo pilih tempat KLCC'. Tapi kita doakan agar dia diberikan kefahaman.

"Semua orang buat silap tapi kita kena mula ambil berat dan lebih sensitif tentang isu seperti ini. Saya juga ingatkan kepada semua, jangan sebarkan gambar atau video yang tidak censored... sangat-sangat tidak sensitif.

"Cuba bayangkan kalau terkena kepada diri kita, mesti tak nak gambar sebegitu tersebar," ujarnya.

Sementara itu, penyanyi lagu Canggung ini mendoakan agar semua orang diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk menempuhi segala dugaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain