suria

Dua tahun tertangguh, Siso Kopratasa akhirnya lancar single 'Alif'... bawa maksud mendalam tentang ketuhanan

Siso anggap lagu Alif membawa maksud yang mendalam.

PENYANYI dan penulis lirik Siso Kopratasa tampil dengan lagu terbaharu berjudul Alif yang sudah dirakam sejak dua tahun lalu.

Menurut Siso, karya tersebut mendapat sentuhan daripada seorang pelajar lulusan Universiti islam di Mesir yang dikenali sebagai Alim Gutrah.

Lirik berbentuk ketuhanan itu membuatkan Siso menghayati karya tersebut yang dianggap mempunyai maksud yang sangat mendalam.

"lagu ini sudah tertangguh hampir dua tahun selepas proses rakamannya. Lirik lagu ini ditulis oleh seorang lulusan Universiti Islam di Mesir.

Makna tersendiri kepada diri ialah mengingatkan kita kepada kewajipan kita di muka bumi.

SISO KOPRATASA

PENYANYI

"Lirik berbentuk ketuhanan ini sangat dalam maknanya. Saya menghayati seperti menghayati lagu puisi ketuhanan yang lain.

"Menyanyi pun lebih kepada melontar maksud nak disampai, bukan kepada gaya nyanyian berlebihan," katanya kepada mStar.

Lagu Alif dimulakan dengan 10 baris puisi yang penuh inti dan makna serta memaparkan ketinggian seni budaya.

Dalam pada itu, Siso berkata dia bersetuju dengan kerjasama itu kerana lirik lagu yang mengingatkan dirinya kepada kewajipan di atas muka bumi.

Siso 1

Siso berkerjasama dengan seorang lulusan Universiti Islam di Mesir.

"Setelah meneliti liriknya saya bersetuju untuk bekerjasama mencipta dan menyanyikan lagu ini.

"Makna tersendiri kepada diri ialah mengingatkan kita kepada kewajipan di muka bumi.

"Sebagai penulis lirik, penyanyi, bapa, suami dan manusia kita ada peranan sebagai khalifah kecil semasa hidup," ujarnya.

Untuk rekod, Siso juga merupakan penulis lirik lagu kemerdekaan antaranya Keranamu Malaysia, Jalur Gemilang, Bunga Raya, Satu Malaysia, Malaysia tercinta, Untukmu Malaysia, dan terbaru Sehati Sejiwa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain