suria

Degupan jantung bayi menurun, doktor beritahu tali pusat terbelit di leher! Nasib baik Iman Suhana sempat ‘push’ elak dibedah

Iman kongsi foto anak keduanya.

DEGUPAN jantung bayi menurun setiap kali kontraksi membuatkan pelakon Iman Suhana panik ketika menunggu saat-saat melahirkan anak keduanya, 22 Februari lalu.

Berkongsi detik cemas itu, Iman atau nama sebenarnya Norsuhana Maria Mohamad Wahid berkata, masalah itu timbul disebabkan tali pusat bayinya terbelit di leher..

ARTIKEL BERKAITAN: Positif Covid-19 ketika sarat hamil 8 bulan, Iman Suhana akui emosi tak stabil

"Sebenarnya saya hampir nak dibedah, tapi disebabkan kepala baby memang dah dekat bawah sangat, doktor suruh push juga.

Iman 1Iman bersyukur suami teman sepanjang proses bersalin.

"Masa anak pertama, tali pusat terbelit masa nak keluar. Kali ini pun ada masalah juga. Bila kontraksi saja, degupan jantung baby menurun.

"Rupa-rupanya doktor kata masa kontraksi itu, tali pusat terbelit dekat leher baby juga. Risau juga, sebab masa pembukaan dah 10 sentimeter, tiba-tiba jantung baby menurun sangat.

"Saya siap dapat bantuan oksigen untuk sampaikan pada baby. Alhamdulillah, doktor kawal dengan baik sehingga saya selamat bersalin," katanya kepada mStar.

Sampai sekarang saya masih ingat sakit ketika kontraksi.

IMAN SUHANA

PELAKON

Sebelum ini, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu berkongsi berita gembira dia selamat melahirkan bayi perempuan pada 22 Februari lalu di KPJ Rawang.

Malah, Iman turut berkongsi nama puteri keduannya iaitu Muna Laiqa yang lahir seberat 2.7 kilogram.

Dalam pada itu, Iman meluahkan rasa syukur apabila suaminya dapat menemaninya sepanjang proses bersalin bayi kedua mereka.

Iman 2Iman dan suami mempunyai seorang lagi anak perempuan.

"Walaupun waktu sekarang tengah Covid-19 tapi nasib baik suami boleh teman. Cuma dia kena buat ujian calitan juga sebelum masuk dewan bersalin.

"Masa bersalin anak pertama pun suami teman. Walaupun dah anak kedua, tapi tetap juga ada perasaan seram nak masuk dewan bersalin.

"Paling saya takkan lupa waktu kontraksi. Memang trauma. Sampai sekarang saya masih ingat sakit ketika kontraksi," ujarnya.

Untuk rekod, Iman berkahwin dengan ahli perniagaan, Shazwan Ibrahim pada 16 Mac 2018 dan turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Maya Inara, 4.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain