GARA-GARA mengalami masalah ketika daftar masuk, penyanyi Tajul Ariff dan isteri Nurul Shamieza Eddie terlepas penerbangan ke Langkawi pada Selasa. Tajul atau nama sebenarnya, Tajul Ariff Noor Md. Shari, 24, meluahkan rasa kecewa dengan sistem ‘check in’ sebuah syarikat penerbangan sehingga menyebabkan mereka terpaksa membeli tiket baharu. ARTIKEL BERKAITAN: Tajul timang anak kedua, kepala terkehel ditarik isteri semasa bersalin ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Tajul Ariff kini berhijab, padam foto lama tak tutup aurat - “Saya tak pernah rasa tenang macam ini” “Rasa geramlah juga kerana saya sudah datang awal. Apabila mahu check in di kaunter tidak boleh dan mereka minta lakukan secara online. “Kemudian ada masalah dengan sistem pula dan saya tidak sempat menaiki pesawat. Tajul dan isteri terkandas di lapangan terbang gara-gara masalah daftar masuk “Maka terpaksa kami beli tiket penerbangan baharu. Disebabkan itu juga kami lewat untuk mengikuti jadual penggambaran,” kata Tajul ketika dihubungi mStar. Tajul memberitahu dia dan isterinya menempah tiket penerbanngan ke Langkawi lebih awal, namun tidak sangka perkara sebegitu terjadi. Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu Sedalam Dalam Rindu ini turut meluahkan rasa lega apabila tidak perlu membotakkan kepala selepas video muzik Resah Kerinduan tidak memperoleh sejuta tontonan dalam tempoh sehari. Disebabkan itu juga kami lewat untuk mengikuti jadual penggambaran TAJUL ARIFF PENYANYI Sebelum ini, Tajul menerusi Instagram berjanji akan membotakkan kepala sekirannya MV berkenaan mencapai sasaran yang ditetapkan. “Cabaran tersebut kami buka hanya sehari sahaja. Rasa lega juga tidak perlu botakkan kepala. “Bagaimanapun jika sampai tontontan satu juta pasti saya akan lakukan kerana sudah berjanji. Tak tahulah macam mana rupa saya kalau botak,” ujarnya. Lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Spin itu mendapat lebih 800 000 tontonan sejak dilancarkan pada 22 Februari. Tajul cabar diri untuk botakkan rambut Selain Resah Kerinduan, Tajul dan Afieq turut menyanyikan semula lagu Malam Semakin Dingin. “Syukur nyanyian cover kami untuk dua lagu itu mendapat sambutan. “Jika ada permintaan peminat mungkin kami akan buat lagi selepas ini. Tak semestinya lagu Spin sahaja. Semua bergantung kepada permintaan dan pihak pengurusan,” jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!