suria

Iqram Dinzly dilabel lelaki psiko! Mona Allen mengadu sakit kena cekik betul-betul ketika berlakon

Babak Iqram mencekik Mona dalam drama Hati Yang Dikhianati

GARA-GARA melakonkan satu babak aksi, pelakon Mona Allen meluahkan rasa marah apabila dicekik terlalu kuat oleh rakan gandingannya, Iqram Dinzly.

Mona menerusi Instagram berkata, Iqram tetap mengulangi perbuatannya itu walaupun sudah beberapa kali ditegur.

ARTIKEL BERKAITAN: Iqram Dinzly Dikatakan Bersikap Pelik, Kurang Waras

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Tak adil hukum saya dengan video yang disunting” - Iqram Dinzly masih waras, jawab tuduhan terpesong akidah gara-gara video TikTok

“Bila orang suruh berlakon, berlakon je lah. Tak payah buat betul-betul.

“Method sangat. Lepas ini jangan harap nak ada babak bersama. Kau punya meroyan sama macam dalam live.

“Ingatkan dah tak psiko, rupanya memang sejak azali. Bukan sekali dua babak dia cekik saya. Setiap kali mesti sakit.

“Dah cakap elok-elok tak mahu dengar,” tulis Mona pada Selasa.

iqram 2

Iqram dikatakan keterlaluan melakonkan babak dalam drama

Terdahulu, adegan Iqram mencekik Mona menerusi drama Hati Yang Dikhianati itu turut dikongsikan pelakon Mia Nasir menerusi Instagram.

Sementara itu, Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 41, yang dihubungi enggan mengulas lanjut demi menghabiskan penggambaran secepat mungkin.

Dia hanya mahu mengambil sikap profesional dalam menjalankan kerjaya sebagai seorang pelakon.

“Saya tak mahu komen dulu hal ni sebab tinggal beberapa babak sahaja.

“Risau nanti keruhkan keadaan,” ujarnya kepada mStar.

Untuk rekod drama Hati Yang Dikhianati yang ditayangkan di saluran Astro Prima ini sudah mula menemui penonton sejak April tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain