suria

Positif Covid-19, Fitri Haris terpaksa tangguh promosi lagu... Syukur isteri dan anak tidak dijangkiti

Fitri syukur isteri dan anak tidak dijangkiti Covid-19.

BAHARU saja melancarkan lagu dan video muzik (MV) terbaharu berjudul Berjuang Menang Bersama, penyanyi Dr Fitri Haris diuji pula dengan jangkitan Covid-19.

Mengalami simptom seperti demam dan batuk, Fitri atau Mohamad Fitri Mohamad Haris berkata dia terpaksa menunda rancangan untuk promosikan lagu terbaharunya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Fitri Haris sunatkan bayi usia 2 bulan, ramai pula yang terkejut - “Sejujurnya takut tak sempat, saya dan isteri asyik fikir mati je”

ARTIKEL BERKAITAN: Fitri Haris ikut misi ke Syria, cekalkan hati tinggal anak usia 8 bulan

"Saya tidak ada rasa down pun bila diuji dengan Covid-19. Cumanya, saya terpaksa tangguh sementara untuk promosi lagu Berjuang Menang Bersama.

"Ikutkan lagu ini baharu saja dilancarkan bersama dengan video muzik. Tak sangka pula saya kena Covid-19 dan alami beberapa simptom yang teruk juga.

"Tapi tak apa, lagu ini sangat istimewa saya dedikasikan untuk barisan hadapan. Apa-apa pun, saya harapkan doa daripada semua orang," katanya kepada mStar.

Lirik lagu Berjuang Menang Bersama dihasilkan dengan sentuhan doa untuk barisan hadapan diberikan kekuatan dalam setiap langkah perjuangan mereka.

Ikutkan lagu ini baharu saja dilancarkan bersama dengan video muzik.

FITRI HARIS

PENYANYI

Lagu tersebut juga terhasil dengan kerjasama daripada para pemuzik di Indonesia iaitu Ryan Egi dan Malaysia, Epy Shafik.

Dalam pada itu, isteri kepada Fitri Fazilah Omar bersyukur dia dan dua orang anaknya iaitu Bilal Habibi dan Qhalish Rayyan Adam tidak dijangkiti Covid-19.

"Alhamdulillah, saya dan anak-anak tak ada alami simptom... kami pun dah buat ujian calitan, tidak dijangkiti virus itu.

Fitri reda diuji dengan Covid-19.Isteri dan anak Fitri tidak dijangkiti Covid-19.

"Sebaik saja, suami alami beberapa simptom, memang terus buat ujian calitan sebab kami pun ada anak yang masih kecil.

"Bila dapat tahu positif, dia pun kuarantin dalam bilik. Saya sediakan makanan dan ubat-ubatan, letakkan depan pintu bilik," ujarnya.

Untuk rekod, pada Disember 2019, bekas anggota UNIC itu mendedahkan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Fazilah Omar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain