suria

Elica Paujin rasa tercabar, mengaku Aisha Retno lebih kreatif dalam persembahan

Persaingan hebat dua peserta Big Stage 2022.

SERING mendapat pujian juri, dua peserta iaitu Elica Paujin dan Aisha Retno disebut-sebut antara yang bakal bergelar juara pertandingan Big Stage 2022 (BS22).

Bercakap tentang itu, Elica atau nama sebenarnya Angelica Paujin, 22, mengakui tercabar dengan kreativiti yang ditampilkan Aisha dalam persembahannya pada setiap minggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Elica Paujin ‘enjoy’ dapat lagu rancak, memang minat menari dari bangku sekolah... Siap buka studio tarian di Sabah

ARTIKEL BERKAITAN: Bahu terasa berat, Aisha Retno sempat baca ayat Kursi sebelum nyanyi lagu Lathi

“Secara jujurnya, melihat kreativiti Aisha membuatkan saya rasa tercabar.

elica paujin 2

Elica kagum dengan bakat Aisha.

“Dia sangat genius dan sering memberikan satu kelainan pada persembahan di setiap minggu. Itu yang membuatkan saya kagum,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, bagi Aisha pula, dia tidak mahu peminat terus membandingkan bakat mereka kerana setiap peserta punya kelebihan tersendiri.

Di luar pertandingan, Elica bagaikan sifu dan kakak kepada saya

AISHA RETNO

PENYANYI

Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Syed Sipulijam, 22, hanya membiarkan peminat atau netizen untuk bercakap tentang mereka.

“Di luar pertandingan, Elica bagaikan sifu dan kakak kepada saya. Banyak perkara yang saya rujuk dengan dia terutama berkaitan persembahan.

“Saya tak mahu melihat kami ini sebagai satu persaingan. Biarlah juri atau orang di luar sana bercakap dan menilai persembahan kami,” jelasnya.

aisha retno 1

Aisha menjadikan Elica sebagai tempat rujukan.

Bersetuju dengan pendapat itu, Elica menyifatkan mereka bersaing secara sihat.

“Semua yang menyertai Big Stage kali ini sangat hebat.

“Jika ada yang membandingkan kami, itu adalah pendapat mereka. Kami bersaing secara sihat,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain