suria

Penulis lirik Lelaki Teragung, Rudy Imran meninggal dunia akibat kanser

Rudy Imran meninggal dunia akibat kanser

PENULIS lirik yang juga bekas wartawan hiburan iaitu Rudy Imran Shamsudin meninggal dunia di kediamannya di Semenyih pada pagi Khamis.

Allahyarham yang menggunakan nama pena Iman Imran dalam penulisan liriknya meninggal dunia pada usia 47 tahun akibat menghidap kanser usus yang dihadapi sejak beberapa tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Inspirasi Kisah Cinta Artis Dalam Novel 'Menangkah Cinta?'

ARTIKEL BERKAITAN: Elyana, wartawan hiburan hidap kanser bakal kongsi penderitaan

Berita sedih ini dimaklumkan sendiri oleh rakan arwah.

Arwah yang masih bujang popular menerusi lirik lagu Lelaki Terangung nyanyian Dayang Nurfaizah di mana lagu tersebut berjaya menjadi juara Anugerah Juara Lagu ke-31.

Beliau memulakan kerjaya kewartawanannya pada tahun 1995 selepas tamat Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) dan menimba pengalaman di beberapa buah majalah hiburan seperti VariaPop, Akhbar Watan, Media Hiburan, Majalah Hai dan akhirnya menyertai Harian Metro.

Ketika masih bekerja, beliau melanjutkan pelajaran secara sambilan di UiTM dalam bidang komunikasi sehingga memperoleh kelulusan Ijazah Sarjana Muda dan seterusnya menyambung pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang peringkat Sarjana.

Ketika ini, beliau dalam proses menyiapkan tesis bagi melengkapkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Lalang, Semenyih sekitar pukul 5.00 petang Khamis.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain