suria

Penyanyi bersuara besar sukar diterima, Yazmin Aziz mahu serius jadi pelakon komedi

Yazmin mahu cuba pelbagai cabang bidang seni.

MULA dikenali sebagai penyanyi selepas menyertai program Big Stage 2022 (BS22), Yazmin Aziz bagaimanapun tidak mahu membataskan bakat seninya hanya kepada bidang nyanyian sahaja.

Diberi peluang berlakon dalam sebuah telemovie komedi berjudul Bunga Dan Kayu, Yazmin, 20, terbuka untuk menerima lebih banyak tawaran dan tidak kisah jika dia diberi watak komedi.

"Memanglah saya teruja apabila diberi tawaran berlakon kerana sejak kecil lagi saya sudah pasang impian untuk berjaya dalam seni dan tidak kisah apa bidang sekalipun.

ARTIKEL BERKAITAN: Video berpelukan tarik perhatian, Yazmin Aziz anggap Danial Chuer individu penting dalam hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz pernah dibuli gara-gara tak pandai bahasa Melayu, jadikan Mark Adam inspirasi

"Saya harap kemunculan pertama sebagai pelakon dapat membuka mata banyak pihak dan diberi peluang lain. Saya tidak ada masalah untuk berlakon komedi dan di Malaysia pun tidak ramai pelakon komedi wanita. Jadi apa salahnya untuk saya lebih serius.

"Menerima respons baik dari penonton membuatkan saya gembira dan sememangnya karakter komedi itu sudah ada dalam diri saya," katanya kepada mStar.

Berkongsi pengalaman di set penggambaran, kata Yazmin ia lebih mudah berbanding membuat persembahan di atas pentas sebagai penyanyi.

Berlakon pula lebih mudah kerana saya boleh menjadi diri sendiri dan bermain dengan pelbagai karakter

YAZMIN AZIZ

PENYANYI

Dalam masa sama, penyanyi kacukan Malaysia-Filipina ini akui proses menghafal skrip membuatkan dia lebih mahir bertutur dalam bahasa Melayu.

"Sebagai seorang penyanyi bukan mudah untuk memikat hati penonton kerana perlu betul-betul tahu market dan kehendak pendengar. Apa lagi penyanyi yang bersuara besar seperti saya ini, susah untuk diterima.

"Berlakon pula lebih mudah kerana saya boleh menjadi diri sendiri dan bermain dengan pelbagai karakter.

yazmin aziz 2

Yazmin mendapat tempat keempat di pentas BS22.

"Apabila membaca skrip saya boleh belajar lebih banyak penggunaan bahasa Melayu dan sebenarnya tidak sangka saya boleh cepat ingat semua skrip," jelasnya.

Sementara itu, bercakap tentang perjalanan kerjaya selepas menyertai BS22, Yazmin akui jadualnya kini lebih sibuk apabila dia turut diberi peluang untuk menjadi pengacara.

"BS22 adalah platform terbaik untuk orang lebih kenal nama saya. Saya berpeluang mencuba pelbagai bidang baharu dan belajar banyak perkara tentang dunia seni.

"Saya suka dengan jadual yang sibuk kerana ini adalah minat saya sejak dahulu lagi. Kesibukan membuatkan saya lebih bersemangat untuk bekerja," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain