suria

Ramai tak sabar nak tengok ‘baby boy’, Mira Filzah dan suami masih kepenatan, akan ‘update’ dari semasa ke semasa

Foto memperlihatkan keadaan suami Mira kepenatan dan ibunya mendukung bayi lelakinya.

BARU sahaja bergelar ibu pada pagi Selasa, ramai peminat yang sudah tidak sabar menantikan perkembangan terkini pelakon Mira Filzah dan anak pertamanya.

Masih lagi di hospital, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman mengakui dia dan suami iaitu Wan Emir kini dalam keadaan kepenatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah selamat bersalin bayi lelaki, kongsi tarikh lahir sama 9 Syawal

ARTIKEL BERKAITAN: Kandungan masuk usia 8 bulan, Mira Filzah nak cuba puasa... Tak sabar sambut kelahiran anak sulung

Pelakon berusia 29 tahun ini juga memohon maaf kerana masih tidak mampu untuk membalas mesej di aplikasi WhatsApp dan mesej peribadi di laman Instagram.

Mira Filzah

Mira dan suaminya, Wan Emir.

"Dua-dua penat. Akan sentiasa berkongsi perkembangan dari semasa ke semasa (Insya-Allah) bila semuanya dah perlahan-lahan kembali seperti biasa.

"Mira tak dapat lagi nak balas mesej di WhatsApps dan DM satu persatu. Maaf tau. Terima kasih untuk semua doa," tulis Mira.

Pelakon drama siri The Hotel itu turut memuat naik foto suaminya yang sedang tidur dalam keadaan duduk di sofa akibat kepenatan.

Mira tak dapat lagi nak balas mesej di WhatsApps dan DM satu persatu.

MIRA FILZAH

PELAKON

Malah Mira juga berkongsi foto memperlihatkan ibunya Faizatul Akmar Datuk Hisan sedang mendukung bayinya yang ditutup wajah dengan emoji.

Foto tersebut dimuat naik oleh akaun peminat Mira iaitu Miraclegacy_ dengan ucapan tahniah atas kelahiran bayi aktres itu.

Pelakon dan pengacara popular itu selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pukul 3.40 pagi Selasa bersamaan 9 Syawal.

Mira Filzah

Mira dan suami timang cahaya mata lelaki.

Berita gembira itu dikongsi suaminya, Wan Emir yang turut memberitahu tarikh kelahiran anak mereka sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalender Islam.

Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar juga memaklumkan isteri dan bayi mereka kini dalam keadaan baik dan mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai.

Untuk rekod Mira mendirikan rumah tangga dengan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu pada September 2020.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain