suria

Suria FM catat peningkatan, lebih 3.4 juta pendengar seminggu... Banyak ‘content’ menarik bakal ditampilkan

Suria FM catat peningkatan jumlah pendengar.

KOMITMEN tinggi barisan penyampai stesen radio Suria FM membuahkan hasil apabila berjaya menarik lebih daripada 3.4 juta pendengar seminggu sekaligus mencatatkan peningkatan jumlah pendengar sebanyak 11 peratus atau 350,000 pendengar.

Angka tersebut berdasarkan keputusan terbaharu kaji selidik Gfk Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 1 2022 yang dijalankan, baru-baru ini.

Menerusi perkembangan positif itu, Pengurus Besar Suria FM iaitu Roslinda Abd Majid atau DJ Lin meluahkan rasa syukur dan berharap pencapaian itu bakal menjadi pemangkin untuk stesen berkenaan menghasilkan lebih banyak produk berkualiti pada masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengisian mengimarahkan Ramadan, Suria FM ajak pendengar ‘Kumpul Pahala’

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu pendengar setia Suria Cinta, Anna Aljuffrey tak sangka dapat jadi deejay Suria FM

"Kejayaan yang diperoleh ini adalah hasil kerjasama padu yang diberikan oleh semua kakitangan di Suria FM, dibantu dengan formula yang berkesan, fokus yang tinggi serta komitmen terbaik.

"Alhamdulillah hasilnya sangat menggembirakan. Kami di Suria sentiasa bersyukur dan akan berusaha untuk terus meneroka idea baharu sejajar dengan perkembangan teknologi digital masa kini.

"Kami sentiasa komited untuk meningkatkan prestasi radio dari segala aspek khususnya digital.

suria 1

DJ Lin ketika majlis amal Suria FM sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Dengan peningkatan jumlah pendengar dan sambutan luar biasa seleksi program raya Suria yang kami pertaruhkan pada tahun ini pastinya akan menjadi pemangkin semangat untuk kami terus menghasilkan produk berkualiti," katanya.

Segmen Team Pagi Suria gabungan Ajak, Fizi Ali dan Suraya Borhan mengekalkan peningkatan pendengar mingguan tertinggi sekali lagi iaitu sebanyak 18 peratus dan juga peningkatan pendengar eksklusif tertinggi sebanyak 22 peratus di antara semua stesen radio berbahasa Melayu.

Sementara itu segmen Suria Cinta yang dikendalikan oleh DJ Lin sendiri kekal sebagai segmen radio yang mempunyai tempoh masa mingguan tertinggi dihabiskan untuk mendengar.

Kami di Suria sentiasa bersyukur dan akan berusaha untuk terus meneroka idea baharu sejajar dengan perkembangan teknologi digital masa kini

DJ LIN

PENGURUS BESAR SURIA FM

Bagi segmen Gaya Suria dan Suria Petang pula, kedua-duanya telah mencatatkan trend peningkatan pendengar mingguan yang konsisten dan tertinggi dari sisi tempoh masa mingguan dihabiskan untuk mendengar.

Bercakap tentang Kempen Raya Suria FM tahun ini, DJ Lin menzahirkan ucapan penghargaan buat semua pembeli Kotak Infak Suria yang mana jualan tersebut dijalankan sepanjang bulan Ramadan lalu.

suria 2

Nabila Razali turut hadir membuat persembahan.

Dalam pada itu, satu majlis sambutan Aidilfitri bersama warga Asrama Darul Falah (ASDAF), Kuala Lumpur telah diadakan pada 30 Mei lalu sebagai acara penutup kempen yang dijalankan.

Acara tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor dan dimeriahkan dengan persembahan istimewa penyanyi Nabila Razali.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain