MULA dikenali dengan watak Yah Kuchai, pelakon Afea Deanna tetap dengan pendiriannya akan menolak tawaran untuk dia melakonkan karakter berkenaan. Afea atau Afea Deanna Baharudean berkata hanya Allahyarham Mamat Khalid sahaja yang memahami watak tersebut kerana arwah yang membawa nama itu di persada seni. "Terus-terang saya boleh katakan watak Yah Kuchai telah pun mati dalam naskah terakhir... kemunculan saya sama seperti watak-watak lain seperti Husin yang Uncle Mamat kenalkan. "Malah, hampir semua karakter yang diperkenalkan oleh arwah seperti watak Yah Kuchai hanya arwah saja betul-betul faham keperluan dalam naskah-naskah beliau. Afea tamat pelajaran di UPSI. "Takkan ada lagi pengarah lain yang mampu cari personaliti menggantikan watak Yah Kuchai," katanya. Menurut Afea lagi, watak Yah Kuchai hanya eksklusif kepada naskah arwah Mamat Khalid, malah warisnya iaitu Mohd Khalid Amen dilihat tidak mampu menyambung legasi peranan Yah Kuchai dalam naskahnya selepas ini. "Hanya arwah saja yang betul-betul mengerti watak Yah Kuchai," jelasnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon watak Yah Kuchai selalu tolong masak mi segera untuk arwah Mamat Khalid - “Dia panggil tengok movie sama-sama” Terus-terang saya boleh katakan watak Yah Kucai telahpun mati dalam naskah terakhir. AFEA DEANNA PELAKON Untuk rekod, Mamat Khalid meninggal dunia pada 24 Oktober tahun lalu akibat serangan jantung di Hospital Slim River, Perak. Watak Yah Kuchai lakonan Afea itu diwujudkan menerusi karya 18 Puasa Di Kampong Pisang, Kampong Pisang Bersiri-Siri dan Kampong Pisang Musikal Raya. Dalam pada itu, Afea yang kini berusia 22 tahun melahirkan rasa syukur apabila berjaya menamatkan pelajarannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Afea antara salah seorang penerima diploma daripada 825 graduan semasa sesi keenam, Istiadat Konvokesyen ke-23 UPSI yang berlangsung pada Khamis. Afea bersama ibu bapanya. "Alhamdulillah selesai juga pengajian saya di UPSI. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya dan juga para pensyarah di universiti serta rakan-rakan yang banyak membantu perjalanan pengajian saya di sini. "Pada awalnya agak susah saya nak suaikan diri, iyalah, saya gadis luar bandar, membesar dalam suasana kampung dan tak biasa dengan persekitaran kampus. "Tambahan pula berjauhan dengan keluarga, namun sedikit demi sedikit, saya pelajari cara berdikari dan mula mencari kerja untuk sara pengajian saya di sini," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI