PELAKON Sharifah Amani pada Ahad berkongsi khabar gembira apabila dia selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya. Meskipun tidak mendedahkan identiti jejaka yang berjaya menambat hatinya, Amani bagaimanapun berkongsi gambar cincin pertunangan dengan menutup wajah lelaki tersebut. Amani tidak mendedahkan identiti tunangnya. "Tiba-tiba sahaja dah ada tunang. Syukur Alhamdulillah. One step closer, sampai bila-bila," tulisnya di akaun Twitter miliknya. Perkongsian itu turut dibanjiri dengan ucapan tahniah peminat termasuk rakan-rakan selebriti yang teruja dengan berita tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jangan harap lelaki untuk tanggung hidup, bina kerjaya sendiri - Sharifah Amani Antara yang menarik perhatian adalah komen penanyi Naim Daniel yang menawarkan diri untuk menyanyi ketika perkahwinan Amani dan lelaki yang digelar Encik Laju. "Nak nyanyi nanti untuk awak dan Encik Laju," tulis Naim ringkas. Syukur Alhamdulillah. One step closer, sampai bila-bila SHARIFAH AMANI PELAKON Amani atau Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 36, sebelum ini tidak pernah berkongsi perihal tentang hubungan cintanya secara terbuka. Pelakon filem Sepet ini sebaliknya lebih selesa mengunci mulut apabila diajukan soalan berkaitan peribadinya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI